KUCHING, 18 Julai (Bernama) -- Gara- gara mencampur-adukkan - TopicsExpress



          

KUCHING, 18 Julai (Bernama) -- Gara- gara mencampur-adukkan makanan halal dengan tidak halal, sebuah kedai makan di Kota Samarahan, kira-kira 25km dari sini diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini. Arahan penutupan selama 14 hari itu dikeluarkan sepasukan anggota penguatkuasa jabatan itu selepas menyerbu premis makanan yang beroperasi 24 jam itu kira-kira 9 pagi. Penolong Pegawai Kesihatan Samarahan Wan Alwie Wan Suud yang mengetuai operasi itu berkata premis itu juga didapati menggaji pekerja yang tidak memiliki sijil kendalian makanan dan tidak menjalani pemeriksaan kesihatan sebagaimana yang diwajibkan oleh jabatan itu. Selain itu, katanya tempat penyediaan makanan di kedai itu juga didapati sangat kotor dan sistem pendawaian elektriknya juga tidak selamat. Beliau berkata arahan penutupan itu akan hanya ditarik balik setelah pengusaha premis berkenaan melaksanakan kerja pembaikan dan pembersihan yang ditetapkan serta mematuhi syarat yang melibatkan pekerjanya. --
Posted on: Thu, 18 Jul 2013 09:32:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015