KUCHING: Pengurangan masa lanjutan bagi pembiayaan pinjaman - TopicsExpress



          

KUCHING: Pengurangan masa lanjutan bagi pembiayaan pinjaman peribadi oleh bank-bank tempatan kepada tempoh maksimum 10 tahun mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Tidak kurang yang menggangap ia suatu kebaikan, malah ada segelintir berpendapat ia menjadi sesuatu yang memburukkan keadaan ekonomi pihak yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Like page KUCHING untuk pelbagai info/berita facebook/KCHSWK (y) Kebanyakan golongan yang memohon perkhidmatan pinjaman peribadi daripada bank-bank tempatan kebiasaannya mereka yang mempunyai masalah kewangan bagi tujuan kegunaan peribadi mahupun mereka yang mahu menggunakannya bagi tujuan membuka premis perniagaan. Tinjauan Utusan Borneo mendapati kebanyakan orang awam yang ditemui rata-rata kurang bersetuju dan kurang mengetahui mengenai pelaksanaan yang diumumkan oleh Bank Negara dan baharu sahaja dijalankan pelaksanaannya bermula pertengahan tahun ini. Namun demikian, pelaksanaan tersebut bertujuan mengurangkan keberhutangan melampau terutama yang dihadapi oleh golongan belia yang kini menjadi golongan yang paling ramai memegang status bankrap. Menurut salah seorang pegawai bank tempatan di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Hafizi, dia melihat pelaksanaan baharu ini sebagai kesan seimbang yang memberi impak positif dan negatif kepada orang ramai. Like page KUCHING untuk pelbagai info/berita facebook/KCHSWK (y) “Bagi saya, terdapat baik dan buruk berkenaan isu pengurangan masa lanjutan bagi pembiayaan pinjaman peribadi ini. “Kebaikannya, ia membantu golongan usahawan yang ingin memulakan perniagaan dengan membekalkan wang pendahuluan modal manakala keburukannya pula menjurus ke arah masalah sosial lain di mana bagi yang gagal memohon pinjaman di bank akan mula mencari khidmat along,” katanya kepada pemberita. Manakala seorang penjawat awam, Firdaus Arasy Idris, 28, berkata pelaksanaan pengurangan masa pembiayaan pinjaman itu hanya memberi tekanan emosi kepada peminjam. “Apa yang saya lihat melalui pelaksanaan ini, ia lebih memberi kesan negatif kepada peminjam, lebih-lebih lagi dari segi tekanan emosi. “Ia berikutan dengan kewajaran peminjam membuat bayaran balik hutang kepada pihak bank dalam jangka yang singkat dalam faedah yang tinggi,” katanya. Firdaus menambah, pelaksanaan tersebut mungkin boleh diterima oleh orang awam sekiranya kadar faedah yang dikenakan berkurang mengikut kesesuaian tempoh had bayaran balik yang ditetapkan. Selain itu, seorang Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mohd Said Adam Mohamad Said, 33, berpendapat pengurangan masa lanjutan bagi pembiayaan pinjaman peribadi oleh bank-bank tempatan juga menjurus ke arah yang kurang sihat yang dapat dilihat daripada aspek rekod data di Bank Negara sendiri. “Bagi pendapat saya, pelaksanaan seumpama ini nampak kurang wajar dan kurang adil kepada peminjam-peminjam dan ia lebih menjurus kepada senarai hitam nama bagi yang gagal melunaskan hutang mengikut tempoh yang telah ditetapkan. “Berikutan itu, ia akan menjejaskan nama peminjam di rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS) dan Credit-Tip-Off System (CTOS) di Bank Negara sekali gus memberi kekangan kepada peminjam untuk berurusan dengan pihak bank pada masa akan datang,” katanya. Justeru, Adam berkata, pihak bank seharusnya meneliti semula akan pelaksanaan itu bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang ditanggung oleh peminjam sama ada daripada aspek positif mahupun negatif. Like page KUCHING untuk pelbagai info/berita facebook/KCHSWK (y)
Posted on: Sat, 02 Nov 2013 12:27:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015