Kadang Amar hairan dan amat pelik sangat dengan sesetengah manusia - TopicsExpress



          

Kadang Amar hairan dan amat pelik sangat dengan sesetengah manusia ni yang cepat menilai dan menghukum hanya kerana berbeza pandangan..ya tidak semua yang begitu dan amar akui meskipun ada perbezaan pendapat dan manhaj namun ada yang masih menghormati sesama..Namun hadirnya puak puak selekeh ni yang menjadikan sesuatu yang dianuti nya itu lah kebenaran yang tunggal dan menafikan hujah yang lain dan melabelkan insan yang tak sehaluan dengan mereka adalah sesuatu yang tidak wajar. Saya AmarRyzal Bukan wahabisme..jangan menilai saya hanya kerana saya lebih cenderung kepada keterbukaan pendapat dan berfikiran kritikal saya dilabel sebagai wahabi..benar saya akui saya lebih terbuka dan kecenderungan saya lebih kepada daie antarabangsa namun saya tidak menafikan ustaz ustaz tempatan..saya menghormati mereka..Namun kecederungan pendapat dan cara saya tidak boleh dinilai sebagai wahabi hanya kerana saya sependapat dengan yusuff estes,Ahmad deedat,Dr Asri,Dr zakir naik..Islam itu tidak menyempitkan fikiran manusia dan islam itu bukan agama yang Susah.Saya mengkritik sesetengah agamawan bukan suka suka dan menunjukkan saya ni lebih hebat.Cuma saya mengkritik sesetengah yang mempunyai gelaran agama seakan membuat islam itu sesuatu yang Eklusif khas untuk golongan tertentu.Malah ada dikalangan mereka yang menambah nambah sesuatu yang tidak ada dalil pun dari Rasullullah saw,lebih parah lagi ada yang membuat Agama itu begitu payah sekali seakan akan Agama itu jika susah makin islamnya seseorang makin susah makin hebat dan nampak lah keislaman seseorang tu.Apa ini semua,Adakah Rasullullah saw mengajar kita begini..tentu tidak.. “Sesungguhnya Allah Swt. tidak mengutusku untuk menyusahkan atau memperberat, melainkan sebagai seorang pengajar yang memudahkan.” (HR. Muslim, dari ‘Aisyah ra.) dan dalam hadis lain “Sesunguhnya Allah tidak memerlukan tindakan penyiksaan diri sendiri, seperti yang dilakukan oleh orang itu.” (HR. Bukhari dan Muslim, dari Anas ra.).
Posted on: Tue, 10 Sep 2013 17:23:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015