Kadar Jenayah di Jangka Meningkat dalam tahun 2014 di Malaysia - TopicsExpress



          

Kadar Jenayah di Jangka Meningkat dalam tahun 2014 di Malaysia Satu kajian oleh Pakar pakar Keselamatan telah merumuskan bahawa kadar jenayah terancang, dirancang serta merancang akan meningkat di dalam negara ini tahun 2014 berdasarkan beberapa faktor. 1. Tidak mampu guna CCTV - tarif letrik naik 2. Tidak mampu biarkan lampu keselamatan di pasang sekeliling rumah - tarif letrik naik. 3. Tiada Penjera (Alarm) di pasang dalam rumah - tarif letrik naik 4. Tiada pagar otomatik - tarif letrik naik 5. Harga makanan di restaurant mamak 24jam akan naik - tarif letrik naik. 6. Harga makanan sejuk beku akan naik - tarif letrik naik 7. Makanan di Fast Food Outlet akan naik - tarif letrik naik 8. Harga Tiket Wayang akan naik - tarikf letrik naik 9. Kadar sewa premis perjudian dan maksiat naik - tarif letrik naik 10. Harga parkir di hotel2 serta pusat membeli belah naik - tarif letrik naik 11. Tarif air akan naik (Loji air guna letrik) - tarif letrik naik 12. Harga mentol lampu naik - tarif letrik naik 13. Harga mas kahwin serta hantaran naik - tarif letrik naik 14. Harga pelita serta lilin naik krn permintaan meningkat - tarif letrik naik 15. Kadar Astro serta Jalur Lebar naik - tarif letrik naik Atas sebab2 yg disebut di atas makan atas desakan hidup untuk membayar bil letrik maka ramai yang akan mengambil jalan singkat dengan melibatkan diri dalam jenayah utk mendapat wang membayar bil2 serta kehidupan seharian. Namun jangan gusar, setiap Menteri2 (termasuk timbalan) serta Menteri Besar dan Ketua Menteri, Wakil Rakyat, ADUN serta Speaker akan diberi subsidi atau kenaikan gaji atau tambahan insentif untuk mengatasi masalah yang remeh ini. Peringatan Sebarang Komen dari Posting ini adalah tanggungjawab sendiri.
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 13:14:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015