Kak Jat semangat lawan ahli Umno seumur hidup... Datuk Seri - TopicsExpress



          

Kak Jat semangat lawan ahli Umno seumur hidup... Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tetap bersemangat meneruskan perjuangan walaupun perlu bersaing bagi mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan Oktober depan. Shahrizat hari ini mengenakan pakaian warna rasmi Umno iaitu merah ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyerahkan borang bertanding jawatan itu. "Alhamdulillah selamat serah borang untuk Ketua Wanita Umno di PWTC. "Semangat wanita berkobar-berkobar," katanya di laman mikro Twitter miliknya. Pemilihan Umno bulan depan bakal menyaksikan Shahrizat berdepan dengan ahli Umno seumur hidup, Raihan Sulaiman selepas ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman menarik diri dari bertanding jawatan itu. Dalam pada itu, Shahrizat turut menyerahkan borang untuk bertanding merebut jawatan Ketua Wanita Bahagian Kepong. Beliau juga turut menegaskan akan memperjuangkan hak dan kebajikan golongan wanita tanpa mengira agama dan bangsa sekiranya terus diberi mandat sebagai orang nombor satu menerajui Pergerakan Wanita Umno pada pemilihan kali ini. "Jika saya diberi kepercayaan, saya akan mengangkat suara Wanita Umno. Jadi saya mendapat sokongan daripada akar umbi sepertimana saya dapatkan perkara itu sekian lamanya. "Insya-ALLAH saya akan bekerja sebagai satu pasukan," katanya.
Posted on: Sat, 21 Sep 2013 11:07:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015