Kalau dah hari mendaftar pencalonan dok bergambar 3 orang saja - TopicsExpress



          

Kalau dah hari mendaftar pencalonan dok bergambar 3 orang saja sudah tentu orang akan buat tanggapan ada pakatan di sana. lagi pun yang dua lagi tak perlu pun sebenarnya gandingan dengan hisham, hisham yang perlukan mereka untuk menang. hisham kata mereka bertiga melaui pahit getir dan menempuh pelbagai dugaan, apa calon lain dalam umno tak lalui pahit getir dan dugaan ke? kita harap calon2 membawa imej diri sendiri dan membuktikan apa yang mereka boleh lakukan dan apa yang telah mereka lakukan dari dok berpakat2 membuat team. Kami tidak berpakat - Hisham Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tohmahan kononnya beliau bersama dua lagi penyandang jawatan itu bermuafakat dalam mempertahan jawatan masing-masing sebagai tidak berasas. Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Pertahanan tidak menolak kemungkinan perkara itu dicetuskan berdasarkan keakraban mereka dalam memikul tanggungjawab bersama membantu pucuk pimpinan. Dua lagi penyandang jawatan Naib Presiden itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Hishammuddin menjelaskan, mereka sejak dahulu lagi merupakan rakan yang sama-sama mengharungi pahit getir dan pelbagai ujian mencabar terutama dalam melakukan kerja-kerja parti. Menurutnya, kerjasama itu mencetuskan dakwaan kononnya mereka berpakat sedangkan antara mereka bertiga telah wujud keserasian dalam menempuh pelbagai dugaan. "Jadi, kalau itu dituduh sebagai satu pakatan, sesiapa sahaja berada dalam barisan ini merupakan pakatan besar dan itu saja yang kita tawarkan dengan penyandang yang ada. "Pengalaman kita dan apa yang kita lalui selama ini memperjelaskan tuduhan-tuduhan yang kadangkala tidak berasas kerana mereka (Ahmad Zahid dan Mohd. Shafie) juga merupakan rakan yang melalui pahit getir serta ujian-ujian sebelum ini," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas majlis Hari Ketua Pengarah Bertemu Pelanggan di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, dekat sini hari ini. Hishammuddin mengulas dakwaan wujud pakatan antara ketiga-tiga penyandang Naib Presiden berkenaan dalam mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan parti 19 Oktober ini. Semalam, Ahmad Zahid turut menafikan dakwaan wujud desakan terhadap perwakilan untuk mengekalkan semua penyandang jawatan tersebut. Menurut Hishammuddin, kerjasama seumpama itu telah wujud sekian lama selain mereka turut mengharungi pelbagai pengalaman ketika berdepan pilihan raya sebelum ini serta Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun. Jelasnya, kerjasama erat itu juga bagi memastikan UMNO sebuah parti yang bergerak sebagai satu entiti organisasi utuh dan teguh.
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 02:32:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015