“Kalau dahulu saya kejar ‘lembu’, lepas ini kita akan kejar - TopicsExpress



          

“Kalau dahulu saya kejar ‘lembu’, lepas ini kita akan kejar Utusan, TV3, The Star dan NST. Kita harus sedar bahawa majoriti orang yang menolak Barisan Nasional (BN), kuasa ekonomi ada di tangan anda, kuasa beli ada dekat kita.“Selepas ini, kita bukan sahaja boikot Utusan, The Star, NST dan TV3 dengan tidak membeli akhbar, malah memboikot semua syarikat yang membuat pengiklanan di keempat-empat media ini supaya mereka tidak ada pendapatan dan tiada pilihan lain kecuali tutup kedai,” Angkuh sungguh kata-kata Rafizi Ramli nie! Sebab musababnya tak lain tak bukan dek kerana sebahagian dari media ini dikaitkan sebagai punca kepada pendedahan pelbagai kepincangan dalam kepimpinan PR. Jadi untuk elak lebih banyak kelemahan terdedah pada umum maka jalan akhirnya disuruh penyokong PR memboikotnya. Apa pun kalau nak sangat boikot, boikotlah tiada siapa hairan pun. Sejarah membuktikan ini bukannya pertama kali PKR mahupun lain-lain parti pembangkang memperkatakannya. Bila idea sama dikitar semula maknanya kempen-kempen sebelum ini jelas menemui kegagalan. Mana tak gagalnya, mulut saja duk suruh penyokong sendiri boikot sana sini tapi pemimpin kat atas pantang ada berita pasal diri sendiri, dialah yang bersungguh membaca dan menonton media perdana. Semuanya sekadar propaganda murahan, sama macam mereka meroyan sakan memburukkan SPR dan memboikot keputusan PRU-13, alih-alih masing-masing angkat sumpah juga. Penipuan entah ke mana, boikot tak ke mana-mana, akhirnya bila ada PRK DUN Kuala Besut, Ketua Umum PKR juga yang bersorak gembira meraikannya. -ic-
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 10:57:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015