Kalau dulu rasa cemburu dan tergugat juga bila dapat jemputan - TopicsExpress



          

Kalau dulu rasa cemburu dan tergugat juga bila dapat jemputan walimah ni, tapi sekarang dah tak rasa apa dah, malah tumpang bergembira, cuma agak terkilan kerana tidak dapat meraikan sama hari bahagia sahabat :) Prioriti setiap orang berbeza-beza - ada yang menikah di usia muda, dan keadaan itu baik baginya kerana kesediaan rohani, emosi dan fizikalnya sudah mencukupi. Tetapi ada yang memerlukan masa yang lebih lama, untuk menyediakan diri dan melunaskan tanggungjawab-tanggungjawab lain sebelum dibebankan dengan tanggungjawab baru yang lebih berat. Allah lebih tahu yang terbaik untuk hambaNya, jadi usah cemburu dengan keadaan insan lain, tetapi berusahalah untuk mencorak kehidupan yang terbaik di dunia dan akhirat dengan usaha, doa dan tawakkal. Apa-apa pun, semoga kita semua sentiasa ingat bahawa jodoh dengan manusia di dunia ini belum pasti, namun jodoh dengan kematian dan pertemuan dengan Allah adalah pasti. Cinta manusia itu wasilah, cinta Allahlah matlamat. Semoga kita tetap teguh beramal untuk dijadikan bekal bertemu denganNya kelak, insyaAllah :) # Dr.Nur Farah Aisyah Nazim
Posted on: Tue, 02 Jul 2013 10:08:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015