Kalau kita nak tahu apa itu "Syiah"... kenalah belajar dengan - TopicsExpress



          

Kalau kita nak tahu apa itu "Syiah"... kenalah belajar dengan orang Syiah itu sendiri tentang pengertian Syiah. Bukan belajar dengan Ustaz Salafi yang anti Syiah. Kalau kita nak tahu apa itu Sifat 13, kita kena belajar dengan tok guru pondok yang mengajar kitab Matan Ummul Barahin. Bukan dengan lecturer yang mengajar Aqidah tajsim atau Tauhid 3. Begitu juga kalau kita bencikan salafi, kita harus pernah tahu dan belajar tentang salafi dengan guru-guru yang berfahaman salafi, wahabi, muhammadiah dan tajdidiah. Pengalaman aku, 5 tahun aku berguru di tempat jemaah salafiah wahabiah, aku belajar banyak benda daripada mereka. Daripada majlis berdoa yang aku tak pernah miss tadah tangan, sampailah tahap orang duk baca doa selamat aku rilek je tak tadah tangan siap main tangkap-tangkap gambar. Dalam hati berbisik, "rileks lah ustaz salafi dlu ajar kalau doa dalam hati je tak payah tadah tangan pun tak apa...." Belajar banyak fahaman dan rencam agama, membuatkan kita punya jalan tengah dalam kepelbagaian dan pengamatan. Tapi kesan buruknya, kita bakal jadi lalang dan tidak tetap punya pendirian. Sebab itu, aku pilih untuk follow jalan Ahlul Bait dan membawa Itrah. Walaupun aku tahu, antara aku dan Imam Itrah, bagaikan langit dan bumi jaraknya. Keilmuan aku dalam aliran tersebut memang tak dapat menyaingi para alim dan fakih bidang tersebut waima perangai dan pengamatan atau pengamalan aku, lebih-lebih lagi jauh panggang dari bara api. Kesimpulannya... aku bukanlah orang yang mudah percaya kata-kata para ustaz-ustaz terutamanya dalam bab Syiah. Kalau ada ustaz yang duk kutuk caci maki Syiah, aku tak terus percaya. Biasanya mereka yang kutuk mengutuk ni tak pernah belajar pun tentang syiah kerana itu kata-katanya lebih dari perbuatan. Sama juga macam orang Islam yang belajar Islam daripada orientalis. Hasilnya, mereka akan jadi ekstrimis dan dahagakan darah...
Posted on: Mon, 12 Aug 2013 06:49:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015