Karnival kerjaya Pemuda BN September ini tawar 30,000 peluang - TopicsExpress



          

Karnival kerjaya Pemuda BN September ini tawar 30,000 peluang kerja 15/07/2013 KUALA LUMPUR - Karnival kerjaya terbesar negara, Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair 2013 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 27 hingga 29 September ini akan menawarkan lebih 30,000 peluang pekerjaan oleh lebih 300 syarikat. Pengerusi Pemuda BN yang juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, karnival yang sudah memasuki tahun ketiga itu telah berjaya mendapatkan pekerjaan untuk 160,000 individu pada dua penganjuran sebelum ini. "Karnival ini akan menjadi acara tahunan Pemuda BN. Ini merupakan sumbangan BN untuk mereka yang mencari kerja dan jawatan yang setimpal dengan kelayakan. "Pelawat terutama golongan belia boleh mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan panduan mengenai pelbagai program keusahawanan, latihan dan kemahiran yang ada,” katanya. Khairy berkata, karnival kerjaya itu berfungsi sebagai platform untuk golongan belia mendapatkan maklumat jelas dan terkini mengenai inisiatif kerajaan bagi membantu mereka dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan dan peluang perniagaan. Sempena BN Youth Job Fair 2013 juga, Pemuda BN melancarkan aplikasi mudah alih dan media sosial yang dikenali sebagai BN Youth Job Fair App Mobile yang boleh dimuat turun secara percuma melalui iTunes, Android atau Blackberry. - Bernama KOSMO
Posted on: Mon, 15 Jul 2013 10:17:00 +0000

Trending Topics



uth Karl Bernhard
ess.com/Dollαr-Proғιт-Paying-Instant-adopted-new-design-topic-577893518977134">●Dollαr Proғιт● Paying Instant | adopted new design
Just because I know you are reading this...and you were such a

Recently Viewed Topics




© 2015