Kata putus Oktober Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini, semalam, - TopicsExpress



          

Kata putus Oktober Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini, semalam, menetapkan Oktober ini bagi keputusan terhadap rayuan Kerajaan Malaysia berhubung kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan Katolik, The Herald. Keputusan itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung isu itu. Pada 22 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur untuk membatalkan rayuan Kerajaan Malaysia berhubung kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu. Mahkamah menetapkan semalam untuk mendengar hujah selepas mendapati kontroversi penggunaan kalimah Allah dalam The Herald versi bahasa Melayu masih berlanjutan dan terdapat isu yang perlu diputuskan mahkamah. Terdahulu di dalam prosiding semalam, Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang mewakili Kerajaan Malaysia di dalam hujahnya berkata, masyarakat Islam Malaysia sensitif terhadap isu agama, terutama membabitkan penggunaan kalimah Allah. “Adalah tidak dipertikaikan Menteri Dalam Negeri memberi permit kepada The Herald pada 2009 untuk menerbitkan The Herald dan budi bicara mengeluarkan permit itu adalah mutlak. Bagaimanapun, apa-apa sekatan (ke atas penggunaan kalimah Allah) adalah perlu bagi melindungi keselamatan dan ketenteraman awam kerana ia membabitkan isu agama. “Apabila merujuk kepada Allah, ia merujuk kepada umat Islam. Kalimah Allah merujuk kepada satu manakala bagi Kristian ia merujuk kepada konsep Trinity. Penggunaan kalimah Allah ini boleh menyebabkan kekeliruan dan menjejaskan keharmonian antara orang Islam dan Kristian,” katanya. Peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula berhujah tidak ada penggunaan kalimah Allah ditemui di mana-mana di dalam Bible versi bahasa Inggeris. Sementara itu, peguam Porres Royan yang mewakili Titular Roman Catholic Archbishop berhujah tiada perkataan lain yang boleh digunakan bagi menggantikan God selepas diterjemahkan selain daripada kalimah Allah. Beliau mendakwa sebelum ini perkataan Allah digunakan oleh The Herald bagi bukan Islam yang berbahasa Melayu serta di Sabah dan Sarawak. “Jika mereka yang bukan Islam menggunakan kalimah Allah ia tidak menjadi kesalahan kerana ia hanya antara mereka yang beragama Kristian dan tidak digunakan kepada umat Muslim yang lain. Ia bukan baru digunakan, tetapi sudah lama dari generasi ke generasi. “Tiada niat jahat kerana penerbitan ini bukan bertujuan untuk pengedaran di luar gereja atau penyebaran agama Kristian. Jika ia dapat dibuktikan ia berlaku sebaliknya, tindakan boleh diambil,” katanya. Pada 1 Januari 2010, Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam penghakimannya memutuskan Herald-The Catholic Weekly boleh menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman Gereja Katolik terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 yang melarang penggunaan perkataan itu. Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia selaku responden pertama dan kedua gagal mengemukakan bukti penggunaan perkataan Allah boleh mengancam keselamatan negara dan menimbulkan salah faham serta kekeliruan di kalangan umat Islam negara ini, selain penerbitan majalah hanya terhad kepada penganut Kristian. Bagaimanapun, pada 6 Januari 2010, Lau membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia supaya pelaksanaan keputusan itu ditangguhkan sehingga rayuan selesai. Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly masih dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.HM
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 01:00:39 +0000

Trending Topics



e="min-height:30px;">
Nike Mens Lebron James Wool Leather Peacoat Jacket Coat Black-XL
Marc by Marc Jacobs Solid Straw M3121131 Shoulder Bag,Fluoro

Recently Viewed Topics




© 2015