Kebangkitan Semangat NGAP SAYOT 1988 kembali di Bumi Kenyalang! - TopicsExpress



          

Kebangkitan Semangat NGAP SAYOT 1988 kembali di Bumi Kenyalang! Sarawak FA, dibawah bimbingan Robert Albert, tanpa diduga telah mencapai ke satu tahap yang membanggakan. 19.10.2013 - SABTU - KUANTAN, PAHANG Skuad Bujang Senang bertandang ke Stadium Darul Makmur dengan diiringi oleh ribuan penyokong setia Ngap Sayot dari Bumi Kenyalang. Dengan wujudnya GB13, menyemarakan lagi sorakan daripada ribuan yang hadir dari bumi kenyalang, walaupun Stadium Darul Makmur didominasi oleh pihak lawan, Pahang FA. Pusingan pertama semi final Piala Malaysia antara Sarawak vs Pahang berakhir dengan keputusan memihak kepada tuan rumah, 3- 1. Goal Tunggal dari Sarawak dijaringkan oleh Sharol Saperi melegakan penyokong setia yang datang dari jauh. Sekurang-kurangnya Sarawak membawa balik 1 gol yang bermakna dari kandang lawan. Namun begitu, dikhabarkan terdapat hampir 50 orang penyokong setia Sarawak FA tidak dapat memeasuki Stadium walaupun mempunyai tiket perlawanan. 26.10.2013 - SABTU - KUCHING, SARAWAK Pusingan ke dua semi final Piala Malaysia 2013, Pahang bertandang ke Stadium Negeri dengan berbekalkan 2 goal dihadapan dan Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 2 goal untuk layak ke final. Sebelum hari perlawnaan, Stadium di serbu puluhan ribu penyokong tegar Ngap Sayot. Dilaporkan, 8 orang pengsan pada hari pertama penjualan tiket (24/10/2013) dan 3 orang pengsan pada hari kedua penjualan tiket (25/10/2013). Pada hari perlawanan, selepas tamat permainan seorang lagi dilaporkan pengsan dalam stadium yang turut menimbulkan sedikit kekecohan diantara penyokong dan mewujudkan sedikit salah faham. Pada perlawanan inilah, Sarawak FA beraksi pada tahap maksimum. Pahang pada awalnya, tidak mampu untuk menyerang kerana Bujang Senang mengganas di lubuk sendiri. Hasilnya, Sarawak mula mendahului pasukan pelawat pada babak pertama hasil tandukan kemas dari Bobby Gonzales. Pada separuh masa kedua, Pahang menyamakan kedudukan lantas menutup peluang untuk Sarawak menempah tiket ke final. Perlawanan berakhir dengan aggregate 4 - 2, dan Pahang layak ke final Piala Malaysia 2013. Walaupun Sarawak tidak ke final, kebangkitan semula semangat Ngap Sayot di bumi kenyalang sangat membangakan. Stadium mula dipenuhi dengan puluhan ribu manusia yang datang dari segenap pelusuk negeri. Berakhirnya Piala Malaysia 2013, Sarawak hanya terkandas di peringkat semi final. PADA AWALNYA.. Pada awal kempen Piala Malaysia, Sarawak tewas ke atas Perak, 2 - 1, lalu Skuad Bujang Senang dikategorikan sebagai Team Cap Ayam. Perkara ini menyentuh sensitivity orang Sarawak atas tuduhan dan komen daripada penyampai Radio Era FM. Selesai isu tersebut, kemampuan Sarawak terus dipandang hina oleh sesetengah pihak dengan membangkitkan isu Rasuah dalam bola sepak Sarawak, ekoran kemenangan 6 - 1 ke atas Perak di Stadium Negeri pada 21/09/2013. Selain itu, Sarawak pernah mencatat kemenangan 4 - 0 ketika menentang Kedah di Stadium Negeri pada 31/08/2013 dalam peringkat kumpulan. Info: sarawak football #sarawaktroopers #dulukinidanselamanya #gb13 -c.c.g- piala-malaysia-suka-duka-skuad-ngap.html
Posted on: Mon, 04 Nov 2013 03:11:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015