Kebanyakan yang apa kita tahu tentang sesuatu, kita selalunya - TopicsExpress



          

Kebanyakan yang apa kita tahu tentang sesuatu, kita selalunya mengetahui ia melalui perbincangan atau pembacaan sesuatu yang santai. Hingga kita terbiasa untuk berasa puas dengan sebuah kesimpulan, yang sebenarnya masih jauh daripada destinasi kebenaran. Misalnya, apabila kita berbual tentang punca kejatuhan Daulah Umawiyyah, kita kata "kerana gagal mengamalkan Islam". Kita puas dengan kesimpulan itu. Kita menukilkannya pula kepada orang lain. Namun, apakah sebenarnya yang dikatakan tidak mengamalkan Islam itu? Pewarisan takhta? Bukankah Daulah Abbasiyyah dan Uthmaniyyah pun sama? Jika ia menjatuhkan Daulah Umawiyyah, mengapa ia tidak menjatuhkan Abbasiyyah dan Uthmaniyyah, malah menjadi sendi kekuatan pula? Bukanlah topik itu yang ingin saya tekankan. Apa yang ingin saya tegaskan ialah, kita terbiasa dengan kesimpulan yang pra siap. Belum siap sudah simpul. Lalu kita juga apabila mahu menyebut AKP tidak mengamalkan Islam, Saadet Partisi lebih Islamik, kita tidak mencabar diri kita untuk memperincikan apakah sebenarnya maksud kata-kata kita itu. Bersabarlah dalam belajar. Kurangkan membuat kesimpulan. Buka ruang yang lebih sedikit untuk terus belajar dan meneroka sisi-sisi yang kita belum tahu. Tambahan pula kita sememangnya sering tidak tahu apa yang kita tidak tahu. Orang yang kurang kesimpulan, kurang tenaga bertikam lidah dan bertengkar pendapat. Dia lebih banyak mendengar daripada berbicara. Dia lebih banyak membaca daripada menulis. Apatah lagi yang ditulis itu adalah conteng-conteng perbalahan di media sosial. Semoga Allah ampunkan kekurangan saya, dan merahmati kita semua
Posted on: Mon, 23 Sep 2013 15:14:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015