Kekeramatan Abu al-Hasan al-Syazili Syeikh Yaqut menceritakan - TopicsExpress



          

Kekeramatan Abu al-Hasan al-Syazili Syeikh Yaqut menceritakan kepadaku sebagaimana yang didengarnya dari gurunya, Syeikh Abu al-‘Abbas al-Mursi bahawa Abu al-Hasan menunaikan haji pada setiap tahun dengan menggunakan jalan hulu Mesir (Sa’id). Beliau tinggal di Makkah pada bulan Rejab dan bulan yang berikutnya hinggalah selesai menunaikan fardu haji. Abu al-Hasan menziarahi makam Nabi SAW yang mulia di Madinah dan pulang mengikut jalan utama haji ke negeri tempat tinggalnya. Pada suatu tahun (iaitu tahun terakhir beliau menunaikan haji), Abu al-Hasan berkata kepada khadamnya, “Bawalah sebilah kapak, sebuah bakul, harum-haruman dan barang-barang untuk mengurus jenazah.” Khadamnya bertanya, “Mengapa pula wahai tuan?” Jawab beliau, “Di Humaithira nanti kamu akan melihatnya.” Humaithira ialah satu tempat yang terletak di bahagian hulu Mesir. Di Padang Pasir ‘Aizab, di Humaithira ini terdapat mata air yang payau rasanya dan banyak binatang buas. Apabila kedua-duanya sampai di Humaithira, Syeikh Abu al-Hasan mandi dan menunaikan solat dua rakaat. Dalam sujudnya yang terakhir, Abu al-Hasan menghembuskan nafas yang terakhir dan beliau dimakamkan di situ juga. Aku telah menziarahi makamnya. Di atasnya, terdapat batu nisan yang tertulis nama beliau dan nasabnya yang bersambung kepada Hasan ibn ‘Ali r.a. Doa di Laut oleh Abu al-Hasan Setiap tahun, apabila Abu al-Hasan al-Syazili pergi bermusafir, sebagaimana yang telah diceritakan, beliau akan melalui jalan hulu Mesir dan menyeberangi Laut Jeddah (Laut Merah). Setiap kali menaiki kapal, beliau akan membaca sebuah doa. Murid-muridnya juga turut membaca doa tersebut setiap hari hingga hari ini. Inilah doanya: “ teks didalam bahasa ‘Arab “ Terjemahan: “ Ya Allah! Tuhanku yang Maha Tinggi, Maha Agung, Maha Penyabar, Maha Mengetahui, Engkaulah Tuhanku dan memadailah bagiku ilmuMu. Sebaik-baik Tuhan ialah Tuhanku dan sebaik-baik yang mencukupkan ialah Tuhanku. Engkau menolong sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau Maha Kuat lagi Maha Penyayang. Kami memohon perlindungan daripadaMu bagi setiap gerakan, diam, perkataan, kehendak dan lintasan hati daripada segala syak wasangka serta keraguan yang menutup mata hati daripada memandang perkara-perkara yang ghaib. Sesungguhnya orang yang beriman telah diuji serta digoncangkan keadaan mereka dengan goncangan yang hebat supaya orang munafik selain mereka yang dalam hatinya ada penyakit berkata, “ Allah dan RasulNya hanyalah menjanjikan tipu daya.” Engkau teguhkanlah kami, bantulah kami serta tundukkanlah laut ini untuk kami, sebagaimana Engkau telah menundukkan laut ini bagi Nabi Musa a.s. dan sebagaimana Engkau menundukkan api bagi Nabi Ibrahim a.s. Demikian juga sebagaimana Engkau menundukkan gunung-ganang serta besi bagi Nabi Daud a.s. dan sebagaimana Engkau menundukkan angin, syaitan dan jin bagi Nabi Sulaiman a.s. Tundukkanlah setiap lautan yang menjadi milikMu di bumi dan dilangit bagi kami, di alam nyata selain di alam malakut, lautan dunia serta lautan akhirat. Tundukkanlah bagi kami segala sesuatu wahai Tuhan yang ditanganNya milik segala sesuatu. Kaf-Ha’-Ya’-‘Ain-Sad, Ha’-Min, ‘Ain-Sin-Qaf, bantulah kami, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi bantuan. Bukalah bagi kami, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pembuka jalan kelapangan. Ampunkanlah dosa-dosa kami, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi keampunan. Kasihanilah kami, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi kasih sayang. Kurniakanlah rezeki kepada kami, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Tunjukilah kami dan selamatkanlah kami daripada kaum yang zalim. Kurniakanlah bau yang harum kepada kami seperti yang terdapat dalam ilmuMu dan limpahkanlah perbendaharaan rahmatMu kepada kami. Bawalah kami dengan rahmat itu kepada kemuliaan yang disertai oleh keselamatan dan kesejahteraan dalam agama, di dunia serta di akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah Ya Tuhan kami! Permudahlah setiap pekerjaan kami dan kurniakanlah kerehatan kepada hati serta tubuh kami. Kurniakanlah juga keselamatan dan kesejahteraan dalam agama serta urusan dunia kami. Iringilah kami dalam perjalanan kami. Engakulah wakil keluarga kami (yang kami tinggalkan). Engkau hapuskanlah penglihatan musuh-musuh kami dan Engkau rebahkanlah mereka dari tempat mereka berada, sehingga mereka tidak dapat datang lalu menghampiri kami. (Mata hati orang yang menderhaka itu rosak) dan jika Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing –masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya? (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan jika Kami kehendaki, Kami berkuasa mengubah keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat mereka berada, maka dengan itu mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat berundur ke belakang. Yasin hinggalah fahum la yub-sirun. Telah cacatlah wajah dan telah tunduklah wajah-wajah kepada Tuhan yang Hidup lagi berdiri dengan sendiri. Sesungguhnya berdukacitalah orang yang melakukan kezaliman. Ta’-Sin, Ta’-Sin-Mim, Ha’-Mim,’Ain-Sin-Qaf. “ Dia membiarkan dua lautan mengalir yang kemudian bertemu. Diantara kedua-duanya, ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.” Ha’-Mim, Ha’-Mim, Ha’-Mim, Ha’-Mim, Ha’-Mim,Ha’-Mim, Ha’-Mim, Ha’-Mim, urusan telah ditentukan dan telah datanglah bantuan. Mereka tidak akan memperoleh kemenangan atas kami. “Ha’-Mim, kitab al-Quran ini diturunkan daripada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Yang mengampunkan dosa dan Menerima taubat lagi keras hukumanNya. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia. Hanya kepadaNya-lah kembali semua makhluk.” Bismillah merupakan pintu kami dan dinding kami, Ya-Sin adalah atap kami, Qaf-Ha’-Ya-‘Ain-Sad merupakan pencukup kami. Ha’-Mim, ‘Ain-Sin-Qaf ialah pemelihara kami. Allah akan memelihara kamu (dan umatmu) daripada kejahatan mereka dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Langsir ‘Arasy meliputi kami, “mata Allah” melihat kami dan dengan daya upaya Allah, tiada sesiapa dapat menyakiti kami. “…padahal Allah mengepung mereka dari belakang mereka. Bahkan yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan di Luh-Mahfuz.” Allah-lah sebaik-baik pemelihara dan Dia-lah yang Maha Pengasih daripada sekalian yang pengasih. Sesungguhnya pemeliharaku ialah Allah yang menurunkan Kitab dan Dia-lah yang memimpin orang yang salih. “Jika mereka berpaling, maka katakanlah, ‘Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah dan Dia-lah Tuhan ‘Arasy yang Maha Agung.” “Dengan nama Allah yang tidak akan memudaratkan beserta nama-Nya sesuatu yang ada dibumi dan sesuatu yang berada di langit. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tiada daya dan upaya melainkan daya upaya Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.” Salawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat Baginda sekalian.”
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 02:56:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015