Kelantan komited angkat martabat Islam - Sultan Aslani M, 05 - TopicsExpress



          

Kelantan komited angkat martabat Islam - Sultan Aslani M, 05 Nov 2013 KOTA BHARU: Sultan Muhammad V bertitah Kelantan komited mengangkat martabat agama Islam untuk menjadi amalan di negeri ini.Oleh itu titah baginda umat Islam hendaklah kembali kepada ajaran Islam kerana agama tersebut menekan perpaduan antara sesama manusia dan pencipta-Nya.“Contohilah tauladan yang pernah dilakukan baginda Rasulullah SAW. Ini kerana Islam adalah agama rahmatullialamin,” titah baginda ketika merasmikan sambutan Hijratul Rasul 1435 peringkat negeri di Balai Islam malam tadi.Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan. Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dun, Abdullah Ya’kub, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.Sultan Muhammad V juga bertitah umat Islam hendaklah berhijrah daripada kejahilan kepada keimanan dan keburukan kepada kebaikan.“Beta doakan supaya negeri Kelantan terus aman, maju dan tambah diberkati lagi,” titah baginda.Sempena sambutan itu penulis dan editor buku terkenal, Ustaz Muhammad Mahmood, 66, dinobatkan sebagai Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1435. Beliau menerima Dinar Emas Kelantan bernilai RM5,000 dan sijil penghargaan.Manakala seorang guru, Muhamad Rizal Kal Abdullah, 49 dianugerah Tokoh Saudara Kita 1435. Beliau menerima Dinar Kelantan bernilai RM3,000.Sementara itu anugerah masjid terbaik dimenangi Masjid Bandar Bachok dan pondok terbaik pula dimenangi Pondok Beta Hilir.Kategori masjid bandar paling bersih tempat pertama dimenangi Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh; kedua, Masjid Sultan Yahya Petra, Machang dan ketiga, Masjid Sultan Ismail Petra, Tanah Merah.Kategori masjid mukim terbersih pula tempat pertama Masjid Wakaf Bharu, Tumpat; kedua, Masjid Jedok, Tanah Merah dan ketiga, Masjid Laok, Bachok.Imam terbaik dianugerah kepada Imam Muda Masjid Kampung Kolam Abu, Machang, Abdul Ghani Mohd Amin.Bagi anugerah maahad kawalan terbaik dimenangi Maahad Muhammadi Perempuan, maahad terbaik – Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan kategori sekolah bantuan - Sekolah Menengah Ugama (Arab) Bustanol Ariffin, Tumpat.Pelajar terbaik sekolah agama Yayasan Islam Kelantan kategori lelaki, Al Farouk Nazmi, pencapaian SPM tahun lepas 11A+.Kategori perempuan dimenangi Nordina Zawawi, SPM (11A). Mereka menerima Dinar Emas Kelantan bernilai RM1,000.
Posted on: Tue, 05 Nov 2013 06:26:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015