Kelas Offline Di samping mengajar online, saya juga boleh - TopicsExpress



          

Kelas Offline Di samping mengajar online, saya juga boleh mengajar offline untuk 2 kelas dari akademi : 1) Kelas Asas Blog dan Penulisan 2) Kelas Asas Blog dan Bisnes (fanpage) Tawaran ini saya hanya buat di kawasan Pasir Gudang sahaja dan di kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal saya. Yuran masih sama dan semuanya secara santai dan tiada tekanan. Modul akan diberi mengikut kelas yang akan diambil oleh peserta. Masa boleh mengikut kesesuaian peserta. Untuk menjadi pandai, kita perlu belajar dari mentor yang betul. Setiap tugasan perlu dibuat mengikut modul dan jika ikut secara tetap, semua tugasan akan siap dalam masa 2 minggu sahaja. Entri 44 hari perlu disiapkan. Tuliskan catatan pengalaman anda untuk dikongsikan. Kami akan ajar tatabahasa yang betul mengikut ebook asas blog. Ebook ini akan diberi kepada semua pelajar dan perlu khatam sebelum kelas bermula. Sebelum itu juga setiap pelajar akan dianalisa untuk mengenalpasti minat dan kepakaran tersendiri.
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 06:59:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015