Keluhan hati seorang seorang isteri..minta pendapat dan pandangan - TopicsExpress



          

Keluhan hati seorang seorang isteri..minta pendapat dan pandangan daripada rakan-rakan di sini. Kepada yang ingin memberi pendapat, admin bermohon agar menggunakan bahasa yang sopan dan beradab supaya tidak melukakan hati mana-mana pihak. ================== Saya dan suami bekerja sendiri. Kami mempunyai anak 2 orang. Hari-hari sibuk tapi oleh kerana anugerah Allah ini perlukan lebih perhatian tambah-tambah dalam era kemodenan ini, saya menghadkan bisnes. Saya berkorban untuk suami dan anak-anak tapi yang sedihnya, suami lepaskan semua perkara pada saya seperti hantar ambil anak-anak dan sebagainya tapi saya redha dan keperluan zahir batin dia, tidak pernah saya abaikan. Yang menjadi masalah sekarang, sejak-sejak saya pikul semua itu, suami asyik main handphone, boleh dikatakan aktif setiap masa tidak kira di mana. Kadang-kadang saya tanya soalan sejam baru dia jawab. Kalau saya yang hantar mesej, jawabnya pendek saja, siap marah sebab kacau dia kerja kononnya tapi kalau kawan-kawan whatsapp tidak kira lelaki atau perempuan, macam-macam ayat keluar sehingga kadang-kadang saya macam tidak percaya dia yang tulis sebab dengan saya, sudah 9 tahun kawin, nak hantar mesej ucap ‘happy birthday’ pun payah. Kebanyakan yang bercakap dengan dia ialah isteri orang. Tak dayus ke suami mereka atau tak pelikkah tengok isteri asyik main handphone. Terus-terang saya cakap, ramai isteri sekarang tak tahu dosa pahala dan meremehkan dosa-dosa kecil. Saya bermain di antara iman dan syaitan kerana dalam hati terdetik untuk berbuat perkara yang sama iaitu cari lelaki lain untuk berbual, macam suami saya buat dan macam perempuan-perempuan lain buat, mengganggu setiap saat saya dengan suami saya. Dunia saya juga terdedah kepada perkara-perkara ini. Tipu kalau saya katakan bahawa tidak ada lelaki lain yang cuba mengusik saya tapi iman saya kata berdosa seorang isteri berlaku curang pada suami. Saya kesunyian, suami asyik dengan handphone sehingga ketika makan pun handphone masih di tangan. Di rumah, jika diajak bersantai depan TV pun, dia tak berganjak dari memegang handphone. Saya rasa sia-sia saya hadkan bisnes saya untuk tumpukan pada makan dan minum dia serta menjaga anak-anak dengan baik. Ramai yang berkata, isteri berdosa menolak ajakan suami tapi tiada siapa faham, bila hati kita sakit, susah nak beri layanan sepenuhnya. Saya mohon pendapat daripada kawan-kawan yang berpengalaman, apakah cara terbaik untuk selamatkan hati saya dari curang, untuk selamatkan rumahtangga saya dan untuk menjauhkan suami saya dari TERLALU TERIKAT DENGAN HANDPHONE. Kesian anak-anak dan diri saya, rasa kosong sangat. Dah lah tiada perasaan cemburu di hati saya, sedih sangat. .
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 11:43:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015