Kempen Kawalan Tikus Pandang Serius Di Malaysian Borneo Nampak - TopicsExpress



          

Kempen Kawalan Tikus Pandang Serius Di Malaysian Borneo Nampak nya kempen kawalan tikus ini menerima sambutan yang mengalakan di ‘Malaysian Borneo’. selain dari Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah, pehak PBT Sarawak juga mengambil langkah serius untuk mengawal dan menghapuskan tikus bagi mengelak jangkitan berbahaya penyakit kencing tikus. Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil berkata, penyakit kencing tikus atau istilah saintifiknya leptospirosis semakin membimbangkan pada masa ini. Menurut beliau, statistik Kementerian Kesihatan me-nunjukkan sebanyak 2,268 kes penyakit kencing tikus dilaporkan di negara ini pada tahun 2011 dengan 55 kes kematian dicatatkan. Pada tahun berikutnya, katanya, penyakit kencing tikus menunjukkan peningkatan kepada 3,665 kes dengan 48 kematian dilaporkan. Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Kempen Kawalan Tikus PBT Peringkat Negeri 2013 di Mini Square, Kota Sentosa di sini, Kelmarin . Dalam hari yang sama, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Datuk Abdul Rahman Dahlan telah melancarkan kempen kawalan tikus peringkat kebangsaan bertempat diDewan Pekan Menggatal, Kota Kinabalu. Abdul Rahman berkata kempen yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai ancaman kesihatan yang dibawa oleh tikus itu akan diadakan serentak di seluruh negara. Menurut Abdul Rahman beberapa bulan lalu insiden penyakit kencing tikus banyak dilapor oleh media justeru beliau mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen besar-besaran iaitu Kempen Kawalan (Antikencing) Tikus. Kempen tersebut memberi penekanan tentang pentingnya orang ramai menjaga kebersihan di kawasan perumahan, premis, restoran atau kedai masing-masing supaya tidak menjadi tempat pembiakan tikus. kerana persekitaran yang kotor pastinya menarik perhatian tikus untuk membiak di kawasan itu, kata Abdul Rahman.
Posted on: Sun, 25 Aug 2013 03:01:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015