Kemungkaran di Bulan Muharram 1) Perayaan Tahun Baru - TopicsExpress



          

Kemungkaran di Bulan Muharram 1) Perayaan Tahun Baru Islam Hari ‘id atau hari perayaan, adalah hari yang selalu dirayakan berulang-ulang, di dalam syari’at telah ditetapkan 2 hari raya, iaitu ‘idul fitri dan ‘idul adha, ditambah dengan hari Jum’at. Maka barangsiapa menambah hari raya selain yang telah ditetapkan syari’at, bererti dia telah berbuat bid’ah, menambah-nambah dalam agama. Oleh kerana itu, Rasulullah ﷺ melarang para sahabat untuk merayakan hari raya selain ‘idul fitri dan ‘idul adha. Sahabat yang mulia, Anas bin Malik radhiyallahu’anhu berkata: قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَقَالَ مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ قَالُوا كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِى الْجَاهِلِيَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ “Ketika Rasulullah ﷺ mendatangi kota Madinah, para sahabat memiliki 2 hari raya yang padanya mereka bersenang-senang. Maka beliau bersabda: 2 hari apa ini? Mereka menjawab: 2 hari yang sudah biasa kami bersenang-senang padanya di masa Jahiliyah. Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengganti kedua hari tersebut dengan 2 hari yang lebih baik, iaitu ‘idul adha dan ‘idul fitri.” [HR. Abu Daud, Sahih Abi Daud: 1039] Dan yang pertama mengadakan bid’ah perayaan tahun baru hijriah adalah dinasti Syi’ah Fatimiyah, mencontohi dari kebiasaan orang-orang Yahudi yang biasa merayakan tahun baru mereka. (Lihat al-Bida’ al-Hauliyah, hal. 393) Maka semua bentuk perayaan apa pun, seperti peringatan hijrahnya Rasulullah ﷺ, isra’ mi’raj, maulid, hari kemerdekaan, hari kasih sayang, hari ibu dan lain-lain termasuk kategori bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat. Di sudut yang lain, perayaan-perayaan tersebut adalah bentuk tasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir, ditambah lagi dengan kemungkaran-kemungkaran lain yang biasa terdapat pada perayaan tersebut, seperti zikir-zikir dan do’a-do’a yang diada-adakan tanpa ada contohnya daripada Rasulullah ﷺ, ikhtilat (campur baur) antara lelaki dan wanita, nyanyian dan muzik, dan lain-lain. Rujukan: nasihatonline.wordpress/2013/11/02/amalan-bulan-muharram-dan-peringatan-dari-kemungkaran-kemungkaran-di-dalamnya/
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 13:21:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015