Kenali Sifat-Sifat LELAKI wahai WANITA... 1. Hidup Lelaki Lebih - TopicsExpress



          

Kenali Sifat-Sifat LELAKI wahai WANITA... 1. Hidup Lelaki Lebih Mudah ..lelaki lebih suka 1-1 perkara dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas. 2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan ..lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata. 3. Lelaki Suka Membisu ..Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu. 4. Lelaki Tidak Kompleks ..Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan lain-lain, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah. 5. Jangan Paksa Lelaki ..Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau. 6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain ..Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi. Lelaki tak mcm tu. ........INILAH sifat sebahagian besar yg bernama LELAKI..
Posted on: Sat, 21 Sep 2013 23:55:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015