| Kenali Syiah melalui modus operandi @ cara mereka menarik kita - TopicsExpress



          

| Kenali Syiah melalui modus operandi @ cara mereka menarik kita | 1. Mereka memulakan dengan memuji Ahlul Bayt [Ahli Keluarga Nabi]. Mereka akan kerap bercerita tentang kebaikan dan kemuliaan kaum keluarga Nabi seperti Ali, Fatimah, Husain dll. Mereka bawa dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadith akan kelebihan-kelebihan kaum keluarga Nabi. Perlu kita ingat bahawa Ahl Sunnah Wal Jamaah adalah orang yang paling cinta kepada Ahlul Bayt. Paling cinta bererti mencintai sesuatu sesuai dengan tahap dan statusnya. Ini adalah ciri wasathiyah [kesederhanaan] yakni tidak berlebihan dan tidak berkurangan. Sayang ada hadnya. Adapun syiah menyayangi ahlul bayt dengan menganggap mereka bebas dosa, kerana syiah bertujuan hendak pergi ke peringkat kedua iaitu menceritakan kepada kita tentang imam-imam mereka dan seterusnya memaksumkan mereka. 2. Mempopularkan imam-imam mereka seperti Khomeini. Antara slogan mereka, “Saya tidak bercakap tentang akidah Khomeini, saya bercakap tentang revolusi yang dibawanya yang perlu kita contohi, perjuangan Hasan Nasrullah, Hizbullah. Hasan Nasrallah pejuang Islam, penentang Israel.” Mereka bertujuan membangkitkan semangat. Berapa kali syiah menyerang Amerika? Berapa kali mereka berperang dengan Israel sampai hancur Sedang Amerika mencari Anwar Al Aulaki, menghantar kapal terbang automatik tiada orang, menembak menggunakan satelit, mencari Osama bin Laden sampai jumpa, mencari Saddam Hussein sampai jumpa. Kenapa negara syiah seperti Iran, Lubnan dengan Amerika tidak berperang lagi sampai ke hari ini? Tiba-tiba menghantar peluru terkena dekat Palestin, tidak sengaja kononnya. Mereka ada agenda, inilah dia taqiyyah [berpura-pura / berbohong] Syiah. Ulama sudah membahaskan hadith Nabi yang menceritakan tentang Dajjal di akhir zaman, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70 ribu orang daripada Asfahan, di Parsi. Ulama terdahulu sudah mengulas kemungkinan besar mereka ini adalah Syiah Rafidhah Imam 12. Berhati-hatilah dengan orang yang mengangkat nama Khomeini, mengangkat negara Iran, serta Hizbullah di Lubnan. 3. Syiah juga menyebarkan fahamannya melalui perkahwinan. Iran orangnya cantik-cantik. Antara modus operandi mereka juga adalah melalui lelaki / wanita, seks dan perkahwinan. Mereka hantar lelaki-lelaki Iran belajar di negara kita, hidung mancung bak seludang, janggut elok, rambut cantik, setakat Sami Yusuf dan Maher Zain tak ada apa-apa. Siapa tidak bangga kalau dapat menantu paling handsome di kampung? Padahal membawa ideologi syiah. 4. Juga menerusi Politik. Kita perlu ingat bahawa syiah adalah agama politik. Sebab itu salah satu rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah [kenegaraan]. Setelah mendapat negara maka barulah sah rukun Islam wilayah mereka.
Posted on: Sun, 25 Aug 2013 16:38:04 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015