Kenapa Ramai Alim Ulamak Menyokong Perjuangan PAS? Pernah terfikir - TopicsExpress



          

Kenapa Ramai Alim Ulamak Menyokong Perjuangan PAS? Pernah terfikir kenapa ramai para alim ulamak, ustaz, ustazah dan ilmuan agama turut bersama menyatakan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat? Kenapa mereka semua tak pilih UMNO/BN? Apa salah BN? Teruk sangatkan BN sehinggakan ramai alim ulamak tidak mahu menyebelahi mereka? Mesti ada sebab bukan? Antara ustaz-ustaz terkenal yang menzahirkan pandangan dan kecenderungan politik mereka ke arah PAS atau Pakatan Rakyat ialah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zahazan, Ust Hasrizal, Ust Haslin Bollywood dan ramai lagi. Tidak kurang juga Dr Maza yang dikatakan bersikap neutral tetapi lebih banyak mengkritik UMNO/BN walaupun dalam bahasa tersirat dan sindiran. Itu belum disenaraikan lagi ulama-ulama senior dalam perjuangan Islam. Antaranya yang sudah pergi meninggalkan kita seperti Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, TG Yusuf Rawa, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan As-Syahid Ibrahim Libya. Tuan Guru Pondok yang terkenal dan diakui kewarakan mereka turut bersama PAS seperti TG Hj Salleh Musa di Sik, TG Hashim Pasir Tumboh. Tidak lupa juga yang sememangnya memimpin perjuangan PAS seperti TG Hj Hadi Awang, TG Nik Aziz, dan Ustaz Haron Din. Kesemua mereka itu disanjung kerana tingginya ilmu dan kewarakan mereka.
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 00:01:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015