Kenapa berlaku perlanggaran adab menyembelih ketika korban di - TopicsExpress



          

Kenapa berlaku perlanggaran adab menyembelih ketika korban di masjid? Antara puncanya, ialah fasiliti kurang. Kita boleh bercakap, jangan bagi lembu tu nampak kawan dia kena sembelih, jangan tarik kasar-kasar, dan seribu satu lagi. Sedangkan fasiliti di masjid? Ya, selain ilmu dan akhlak, isu fasiliti juga penting. Atau sebenarnya lebih mudah hantar sahaja ke pusat penyembelihan yang fasilitinya sempurna, lalu proses penyembelihan lebih menepati sunnah. Tetapi.... nanti ramai pula merungut tak dapat lihat, tak meriah, tak dapat hayati............... Anak muda yang banyak ilmu, mari kita turun dalam masyarakat, tolong mereka, supaya kita dapat membaiki mana yang kurang, dan agar kata-kata kita berpijak di alam realiti, dan bukannya teori awang-awangan.
Posted on: Tue, 15 Oct 2013 04:43:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015