Kenapa masih berkira-kira tentang penswastaan liga Malaysia? mari - TopicsExpress



          

Kenapa masih berkira-kira tentang penswastaan liga Malaysia? mari kita lihat kelebihan dan kekurangan atas tindakan ini... Sebelum itu, kita baca dahulu kenyataan Timbalan Presiden FAM...."pada dasarnya, saya bersetuju dengan penswastaan itu namun tetap agak bimbang terhadap mutu bola sepak negara apabila liga itu diswastakan sepenuhnya kelak" - Tengku Abdullah 1- FAM bimbang tentang mutu bolasepak Malaysia? Logikkah kenyataan ini? Bukankah selama ini liga Malaysia adalah liga yang memang tidak bermutu dan tiada standard! Kenapa perlu bimbang? 2- Ada pihak FAM yang mengatakan jika liga diswastakan, harga tiket stadium akan dinaikkan! Betul ker? TIDAK betul!! Kerana jika diswastakan, harga tiket akan ditetapkan oleh KBS dan semua perlawanan akan dikenakan harga tiket yang sama termasuk perlawanan dengan pasukan kelab terkenal! 3- Adakah FAM takut jika liga diswastakan, kantung kewangan mereka akan susut? Kerana tiada lagi alasan untuk makan duit haram? Begitu? Bagi admin, bila liga diswastakan, sudah semestinya ia akan diuruskan sepenuhnya oleh entiti yang dilantik dan FAM tiada hak dalam apa-apa jua sumber kewangan yang diperolehi! Ini yang sebenarnya ditakuti oleh FAM! Hasil mereka akan kurang dan pastinya mereka akan akan memberi pelbagai alasan untuk menyekat perkara ini dari berlaku! Apa pula kelebihan bila liga kita diswastakan? Dan ini yang ditakuti oleh FAM. 1- Pihak penaja akan terus berurusan dengan persatuan negeri tanpa perlu merujuk pada FAM. Hilanglah sumber rasuah untuk FAM....kesian. 2- segala sumber tajaan, akan terus disalurkan kepada pasukan negeri tanpa perlu melalui FAM. Sekali lagi, hilanglah peluang FAM untuk "cedok" duit itu masuk kepoket. 3- pastinya pasukan negeri akan mula mengiktiraf satu badan pengadilan yang baru, yang lebih profesional, tanpa perlu menggunakan khidmat pengadil bangang FAM! Sekali lagi kesian....tiada lagi kuasa untuk pengadil makan rasuah kerana ia akan diurusselia oleh badan bebas. 4- penaja mahupun persatuan negeri, pasti akan merujuk terus segala kes ke KBS atau SSM. Kesian....FAM akan hanya jadi pemerhati yang hilang suara. 5- ini yang paling penting, bila liga diswastakan, pihak FAM hanya boleh menyelia perlawanan luar negara, perlawanan jemputan, mengatur program pembangunan akar umbi, menjadi badan rujukan untuk hal-hal kebajikan anggota dan tiada lagi kuasa penuh untuk mentadbir bolasepak Malaysia! Bila ini terjadi, tiada lagi artikel 88, tiada lagi arahan bangang, tiada lagi jurulatih bodoh dan tiada lagi undang-undang gila ciptaan sendiri! Adakah FAM takut perkara ini jadi kenyataan? YA! FAM memang takut! Sebab, segala penyata akaun mereka akan dirujuk sebelum diambil alih! Segala penyelewangan pasti dapat dikesan! Itulah sebabnya mereka cuba melengah-lengahkan atau mungkin cuba membatalkan penswastaan ini! Kebodohan FAM makin nyata! Hanya dengan memberi alasan mutu bolasepak akan terjejas, mereka cuba melambatkan penswastaan liga Malaysia. Tanya pada diri sendiri, adakah selama ini Malaysia mempunyai mutu bolasepak yang baik? Adakah tindakan mengekalkan jurulatih paling bebal dalam sejarah sebagai perkara yang baik? Adakah dengan lebih mengutamakan perlawanan kelab berbanding perlawanan kelas A menjadikan bolasepak Malaysia bermutu? Bodoh jika itu semua dikatakan mutu bolasepak yang harus dijaga oleh FAM! Bolasepak Malaysia tiada mutu di bawah FAM! Yang ada cuma kemusnahan dan kerosakkan! Dan jika kemusnahan dan kerosakan ini ingin dikekalkan, rasanya lebih baik FAM tukar sahaja nama mereka. Gunakan sahaja nama PEROSAK BOLASEPAK MALAYSIA, itu lebih baik dari terus memalukan rakyat Malaysia! Adakah puak-puak FAM marah dengan kenyataan admin? Atau rasa takut sebab kantung mereka akan ditutup? Terpulang....tetapi satu pesan dari admin, benda yang rosak harus dibuang, tidak perlu disimpan lagi. Tidak guna diperbaiki jika ianya hanya cuba "menampal" kerosakan yang tersembunyi didalamnya! Dan FAM sebenarnya adalah ibu kerosakkan itu! Atau, teruskanlah dengan kerosakkan yang ada, dan pastinya bila malaikat datang mencabut nyawa, ucapan alhamdullilah yang ikut bersama! *taiko*
Posted on: Wed, 17 Jul 2013 23:13:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015