Kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor - TopicsExpress



          

Kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Pelancaran Gerakan PERIT Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Mutakhir ini kita disajikan dengan pelbagai isu hangat yang melibatkan pelbagai peringkat daripada dalam negara sehinggalah luar negara, namun jangan sesekali kita hanyut dengan sesuatu isu sehingga melenyapkan isu penting yang lain pula. Permainan media arus perdana dalam menutup sesuatu isu dengan isu yang lain adalah strategi lama yang diguna pakai berkali-kali untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan pusat. Kita perlu sentiasa peka dan berterusan dalam usaha menerangkan kepada rakyat tentang setiap isu yang cuba diputar belitkan oleh media arus perdana ini agar rakyat lebih celik dengan keadaan sebenar yang berlaku. Sebagaimana yang kita sedia maklum, 31 Disember 2013 yang lepas satu flashmob telah diadakan di Plaza Tol Sungai Rasau sebagai satu usaha dan kempen kesedaran kepada masyarakat terhadap kenaikan kos sara hidup. Lanjutan daripada itu, DPPNS akan meluaskan sebaran umum kepada penduduk Negeri Selangor khususnya dan Malaysia seluruhnya mengenai kenaikan kos sara hidup dengan menubuhkan Gerakan PERIT. PERIT adalah sebuah gerakan menyeluruh yang akan meliputi kempen-kempen kesedaran mengenai kenaikan kos sara hidup secara berfasa. Matlamat utama PERIT ditubuhkan adalah untuk menyedarkan pihak-pihak bertanggungjawab agar tidak cuai dengan amanah mereka dan menyebar luaskan maklumat-maklumat penting kepada masyarakat supaya jelas dengan hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Untuk makluman, pelancaran Gerakan PERIT akan dibuat secara rasmi oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim di Plaza Tol Batu 3 (Lebuhraya Persekutuan), Shah Alam, pada 25 Januari 2014. Saya menyeru kepada semua agar menjadikan Gerakan PERIT ini menjadi satu kempen yang mempunyai satu jenama yang tersendiri dalam menyantuni masyarakat. Fokus kita adalah untuk mendidik masyarakat dan menyedarkan pihak bertanggungjawab supaya lebih cakna dalam urusan yang melibatkan amanah yang besar. Gerakan ini melangkaui sempadan politik kepartian dan diharapkan agar masyarakat dapat memberi sokongan penuh dalam merealisasikan matlamat murni PERIT. Mohamad Rosharizan Mohamad Rozlan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Posted on: Thu, 23 Jan 2014 07:17:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015