Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Perak berhubung situasi - TopicsExpress



          

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Perak berhubung situasi Mesir Berikutan dengan peristiwa yang berlaku di Mesir ketika ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mendoakan agar pentadbiran Mesir di bawah kepimpinan Dr Morsi akan dipelihara seterusnya mengembalikan hak rakyat sebaik mungkin. Justeru pihak DPPNP menegaskan beberapa pendirian dan saranan, antaranya : 1- Pertembungan yang berlaku di Mesir merupakan satu agenda untuk melumpuhkan Islam bagi diaplikasikan dalam sistem pentadbiran dan budaya masyarakat umumnya. 2 - Meminta seluruh umat Islam di tanah air mendoakan agar pergolakan yang berlaku ini berakhir dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 3 - DPPNP sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di Mesir sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan. 4 - Diharapkan kerjasama daripada semua pihak teutama wakil kerajaan Malaysia KBMK, EME, Pegawai HEP dan persatuan pelajar ( PMRAM & KPIPM) terus digembleng demi memastikan tahap keselamatan dan kebajikan pelajar terjaga. 5 - Peranan media dalam melaporkan keadaan yang berlaku perlu telus dan amanah sebagai makluman kepada ahli keluarga di tanahair. Maklumat tersebut mestilah diperolehi daripada wakil kerajaan atau persatuan pelajar Mesir supaya lebih tepat dan benar. Sesungguhnya perjuangan dalam membawa risalah Islam akan sentiasa dihujani cabaran dan ujian. Semoga Dr Morsi komited dalam memimpin Mesir ke arah satu tahap yang dapat membuktikan pada dunia, nilai Islam sebenar. Yang berhormat Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan ADUN Gunong Semanggol Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Posted on: Tue, 02 Jul 2013 05:45:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015