Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS kawasan Kota Bharu Dewan - TopicsExpress



          

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS kawasan Kota Bharu Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bhari ingin merakamkan setinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar susulan pengihytiharan baginda bahwa Negeri Johor akan kembali melaksanakan cuti pada hari Jumaat muai Januari 2014. Sesungguhnya ini merupakan perkembangan sangat baik untuk umat Islam di negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya. Perisytiharan penuh bersejarah ini seharusnya dilihat satu kemajuan ytang akan menjadi pemangkin kejayaan lebih cemerlang buat umat Islam di Johor. Umum mengetahui sejarah hitam yang tercatat pada tahun 1994 bila mana Menteri Besar pada waktu itu Tan Sri Muhyiddin Yasin menukar hari cuti dari Jumaat ke Ahad kononnya untuk meningkatkan ekonomi dan pelaburan asing ke Johor. Walaupun pertukaran itu menimbulkan keresahan dan kemarahan umat Islam Johor, termasuk melalui teks khutbah hari Jumaat di masjid-masjid seluruh Johor dan pelbagai kelompok dan lapisan masyarakat, namun ia tidak diendahkan Jelas sekali kemajuan duniawi yang disasarkan oleh kerajaan BN melalui parti utamanya UMNO tidak membawa kesan yang positif kepada masyarakat secara umumnya. Malahan kesan pertukaran cuti mingguan itu mengakibatkan kesukaran kepada para pekerja beragama Islam untuk menunaikan kewajipan mereka malahan terpaksa tergesa gesa untuk menghabiskan waktu kerja yang berbaki selepas itu. Sementara pekerja sektor swasta berdepan majikan yang enggan membenarkan mereka menunaikan solat Jumaat dengan pelbagai alasan termasuk menjejaskan produktiviti. Atas dasar inilah DPPKB menganggap pertukaran ini sebagai satu kelangsungan kepada beberapa tindakan penuh murni Baginda Sultan termasuk melantik ke jawatan EXCO Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat selepas PRU ke 13 yang lepas. Beliau merupakan Adun yang telah mencadangkan agar Hudud dilaksanakan di Johor suatu ketika dahulu. DPPKB berharap usaha murni ini akan diteruskan kerana berkeyakinan penuh dengan konsep yang dibawa oleh agama Islam sebagai rahmat sekalian alam dapat diterima baik oleh semua pihak dari pelbagai kaum. Rosli Allani Abdul Kadir Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bharu 26 November 2013 / 22 Muharam 1435
Posted on: Tue, 26 Nov 2013 10:50:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015