Kenyataan Media MAPIM 28 hb November 2013 MAPIM GESA MALAYSIA - TopicsExpress



          

Kenyataan Media MAPIM 28 hb November 2013 MAPIM GESA MALAYSIA BOIKOT SUKAN SEA Ke 27 DI MYANMAR Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa Malaysia menimbangkan penyertaannya dalam Kejohanan Sukan SEA kali ke 27 yang bakal berlangsung di Myanmar bermula 1 hb Disember 2013 ini. Mengambilkira tindakan kelompok sami Buddha yang terang-terangan berkempen membenci Islam dan menyebarkan permusuhan terbuka kepada Islam dan syiar agama Islam termasuk membunuh , membakar hidup-hidup mangsa yang diserang , membakar masjid , memusnah kubur dan madrasah Islam yang diserang berterusan , berbulan-bulan sejak Jun 2012 , menunjukkan mereka tekad untuk melenyapkan Islam dari bumi Myanmar. Demonstrasi yang terkini yang didorong sendiri oleh kerajaan Yangoon telah mempamirkan kempen membenci Islam dan masyarakat Islam secara jelas , terus disebar luas. Setelah mereka membunuh , merampas , menyiksa , membakar dan menzalimi masyarakat Islam Rohingya , kini jelas mereka sudah secara terang-terangan menyerang Islam sebagai agama suci dan melancarkan kempen untuk menghapuskan seluruh simbol Islam di Myanmar. Terkini mereka menghina Islam dengan melabelkan Islam sebagai agama haiwan ketika memprotes lawatan delegasi OIC ke Myanmar baru-baru ini untuk meninjau mangsa pelarian Rohingya Muslim yang terpaksa hidup dalam keadaan terancam. Kebencian terhadap umat Islam sangat meluap-luap sehingga seorang warga Muslim semada rakyat Myanmar atau orang luar akan sentiasa dipandang dengan mata permusuhan oleh semua penganut Buddha di Myanmar. Kini Myanmar akan menjadi tuan rumah kepada kejuaraan Sukan SEA . Pada pendapat kami Myanmar hilang kelayakkan untuk menjadi tuan rumah kepada kejohanan yang diadakan itu di Myanmar itu , setelah Myanmar menjadi tuan rumah sebanyak dua kali sebelum ini iaitu 1961 dan 1969. Dalam keadaan inilah kami mengesa Malaysia malah semua delegasi kejohanan SEA tahun ini membatalkan penyertaan mereka atas alasan kerajaan Myanmar bersikap anti Islam dan kehadhiran atlit Islam yang tidak selamat di Myanmar. Kami mengesa semua olahragawan dan olahragawati Muslim dari Malaysia mahupun dari mana-mana negara Asean , yang menyertai kejohanan ini berfikir dua kali untuk ke Myanmar. Mereka harus menilai keadaan keselamatan ketika berada di Myanmar yang tidak selamat dan tidak terjamin. Kami berpendirian memboikot kejohanan Sukan SEA di Maynmar itu adalah wajar kerana antara matlamat kejuaraan ini adalah untuk mengujudkan keharmonian dalam masyarakat Asean , dan Myanmar tidak berhasrat menjayakan keharmonian itu. Dengan jelas Myanmar tidak berhasrat untuk berbuat demikian , malah dengan sangat tidak bertamadun , regim Myanmar yang ada sekarang , telah melaksanakan penindasan , penafian hak manusia etnik Rohingya Muslim dan seterusnya menyatakan sikap permusuhan terhadap Islam . Kami tidak nampak manfaat penyertaan dalam kejohanan SEA di Myanmar jika Malaysia serta semua anggota lain serius dengan slogan rantau aman , bebas dan nuetral Asean ( Zone of Peace , Freedom and Neutrality ). Asean tidak boleh membiarkan Myanmar meneruskan polisi menindas dan mengujudkan ketegangan agama antara penganut Buddha dan Islam bertujuan untuk menghapuskan Islam dan umat Islam di negara tersebut . Kami menegaskan peserta Malaysia yang mempunyai anggota dari kalangan orang Islam mungkin menjadi sasaran oleh puak ekstrimis Buddha ketika berada di Myanmar. Kami mengambil berat terhadap ingatan yang diberikan oleh beberapa pertubuhan Islam Rohingya supaya peserta Islam di kejohanan Asean itu benar- benar menjaga keselamatan diri ketika di Myanmar kerana ada tanda-tanda bahawa mereka boleh diserang. Ini menunjukkan bahawa keadaan di Myanmar sangat terdedah kepada keganasan oleh penganut ekstrimis Buddhis dan kekhuatiran etlit Islam akan menjadi sasaran adalah beralasan. Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden MAPIM
Posted on: Fri, 29 Nov 2013 00:44:15 +0000

Trending Topics



ke
“O merciful God, fill our hearts, we pray, with the graces of
Happy Trails Pink Ice Dog Stroller with Rain Cover Find quick
Great Campaign!! And the dogs playing are my babies :) Suzie A
Spittin Barz Thad Baron Pyro Rapper Barz Choong Fam Badrul Ameen

Recently Viewed Topics




© 2015