Kenyataan Pimpinan I-Rakan Universiti Selangor Bestari Jaya yang - TopicsExpress



          

Kenyataan Pimpinan I-Rakan Universiti Selangor Bestari Jaya yang mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman yang berlaku di Mesir sekarang. Assalamualaikum dan salam perjuangan,Syukur ke hadrat ALLAH SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda. 1) 14/8/2013 menjadi tarikh yang akan diingati dalam benak fikiran umat Islam seluruh dunia khususnya Malaysia. Mesir, bumi anbia menjadi saksi kepada peristiwa berdarah dimana rakyatnya dibunuh dengan kejam oleh regim kudeta yang dipimpin oleh jeneral As-Sisi selepas peristiwa tamarrod 30 Jun yang lalu. 2) Kami dari Persatuan I-Rakan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang melampaui batas kemanusiaan ini. Sebagai pencinta keamanan, kami tidak akan sesekali menerima perbuatan yang melanggar hak asasi manusia. 3)Kami juga menyeru agar warga kampus khususnya mahasiswa cakna akan peristiwa yang menimpa saudara seagama kita di Mesir sekarang ini.Bersamalah kita bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT agar bumi Mesir ini kembali aman dan bebas dari cengkaman pemerintah yang zalim. 4)Kami juga mengucapkan takziah kepada yang kehilangan ahli keluarga. Semoga Allah menempatkan mereka yang terkorban dikalangan orang yang syahid dan mendapat tempat yang mulia disisiNYA. solidariti untuk rakyat Mesir seluruhnya. UNITE FOR ISLAM Wallahu a’lam. .::Exco Dakwah dan Exco Multimedia::.
Posted on: Fri, 16 Aug 2013 02:12:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015