Kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan(untuk - TopicsExpress



          

Kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan(untuk projek mengecat dan plug soket,2 orang sahaja anaknya belajar di tempat saya bertugas, selebihnya tidak). Jumlah orang yang menjalankan tugas ini untuk mengecat ialah seorang sahaja yang akan mengecat di astaka, laluan beratap dari blok C sehingga pagar depan, garaj kereta, laluan beratap berhampiran dengan kantin dan makmal komputer. Untuk sumbangan lampu panjang, sebanyak tiga(3) kotak dan satu(1) kotak starter dan satu(1) kotak lampu tambah terang adalah daripada saya dan tiga kotak lampu pendek dan satu kotak starter adalah daripada seorang bapa yang saya mengajar dia tuisyen. Kerja memasang lampu dan starter dimulakan pada jam 9.30pm sehingga 11.45pm, jumlah orang yang terlibat ialah dua(2) orang iaitu saya dan jaga swasta. Pada sebelah pagi, saya dan pekerja swasta yang menjalankan tugas untuk memasang di bilik-bilik yang berkunci, saya bermaksudkan pejabat, bilik rawatan, bilik masak pra, pra sekolah, bilik kemahiran hidup, bilik tayang, pusat sumber, bilik BBM dan bilik seni. kerja memasang bilik darjah dan dewan adalah pada waktu malam. Apabila saya mendapat sumbangn lampu pendek, pada hari yang sama(waktu malam), saya dan jaga malam terus membuat kerja pada waktu malam, lampu-lampu ini dipasang di laluan beratap, setiap bilik elektrik, stor-stor. Setiap kali apabila lampu dan starter dipasangkan, gambar akan diambil dan laporan siap selepas kerja memasang lampu dan starter. Untuk plug soket, kerja juga dilakukan oleh seorang juruelektrik dan dibantu oleh saya. Untuk kotak yang pertama, sekotak mengandungi 10 unit soket. Oleh kerana pada masa itu ialah bulan puasa, kerja hanya boleh dijalankan pada 10.00pm( juru elektrik bekerja pada siang dan pergi ke sembahyang tarawih dan balik ke rumah pada 9.30pm). kali pertama, dari 10.00pm hingga 11.45pm, tujuh(7) unit di dewan dan tiga(3) unit di tahun satu. laporan siap pada 12.40am(hari berikut). untuk tiga(3) kotak yang berikut, dan satu(1) unit suis kipas(3 gang) di bilik BBM, kerja dilakukan oleh dua orang(seorang juruelektrik dan dibantu oleh saya), kerja bermula pada jam 10.00am dan tamat pada 1.40am dan laporan siap pada 2.15am(hari yang sama). Setakat ini sahaja, saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menyumbangkan perlatan elektrik dan cat dan saya percaya sumbangan ini boleh bertahan antara 3 hingga 5 tahun seperti yang saya sendiri rancangkan. Sekian. P/S: Lampu-lampu di ruang makan murid adalah lokasi seterusnya, jika tidak ada halangan, lampu dilokasi ini akan mendapat lampu yang baru, saya sedang usahakan. Saya percaya, satu hari nanti, lampu-lampu di sini akan mendapat lampu yang baru.
Posted on: Sun, 11 Aug 2013 04:29:40 +0000

Trending Topics




© 2015