Kerajaan Negeri Johor bersedia mewujudkan unit pembangunan - TopicsExpress



          

Kerajaan Negeri Johor bersedia mewujudkan unit pembangunan bumiputera sebagaimana yang akan dilaksanakan di semua kementerian seperti diumumkan Perdana Menteri dan akan menyediakan pelbagai usaha termasuk melaksanakan petunjuk prestasi utama (KPI) ke atas pegawai-pegawai dalam syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) di peringkat negeri. Kita menghargai komitmen kerajaan memperkenalkan dasar tersebut dan berharap, mereka yang mendapat manfaat itu dipantau kemajuannya selain pelaksanaannya dijalankan dengan jujur serta amanah supaya matlamatnya tercapai. Bumiputera sewajarnya tidak mensia-siakan peluang yang diberikan menerusi agenda tersebut dalam usaha memastikan golongan terbesar di negara ini tidak tercicir apabila Malaysia mencapai status negara maju kelak. Golongan bumiputera yang mendapat manfaat menerusi agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera tidak boleh menganggapnya sebagai pemberian terus hanya atas sebab nama bumiputera tanpa perlu membuktikan keupayaan mereka. Mereka yang mahukan manfaat tersebut perlu meletakkan kecemerlangan dan kesediaan untuk bersaing sesama sendiri sekali gus mampu berkongsi kejayaan dan membantu bumiputera lain. Sekiranya golongan bumiputera gagal meningkatkan keupayaan diri dan gagal untuk bersaing, samalah seperti mengulangi kelemahan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dibuat bagi memenuhi kuota dan menyebabkan mereka tidak berkembang.Kita tidak mahu terhenti kepada seorang bumiputera sahaja. Sebagai contoh, jika satu projek diberikan kepada satu kontraktor, peluang diberikan itu perlu dibuat dengan jayanya dan menggunakannya untuk berkembang dan membantu yang lain.Bukannya mereka datang balik kepada kerajaan dan minta lagi dan lagi, ini tidak akan berakhir serta tidak membantu bumiputera itu sendiri.
Posted on: Mon, 16 Sep 2013 14:55:21 +0000

Trending Topics



"sttext" style="margin-left:0px; min-height:30px;"> Movie For Transfer To Harddrive/Pendrive. Price For Each Movie Is

Recently Viewed Topics




© 2015