Kertas siasatan nahas Genting Highlands 90 peratus siap KUALA - TopicsExpress



          

Kertas siasatan nahas Genting Highlands 90 peratus siap KUALA LUMPUR 6 Sept. - Kertas siasatan berhubung kemalangan maut membabitkan bas ulang-alik Genting Highlands di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu kini siap 90 peratus. Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya percaya dapat selesaikan laporan kes itu sepenuhnya tidak lama lagi. “Siasatan telah dibuat meliputi semua sudut bagi mengetahui punca kemalangan tersebut berlaku. “Polis kini hanya menunggu laporan dari agensi-agensi dan pakar lain sekiranya terdapat maklumat tambahan bagi melengkapkan kertas siasatan kes ini," katanya ketika ditemui pemberita dalam Operasi Penguatkuasaan Trafik ke atas kenderaan awam di Hentian Sungai Buloh, di sini semalam. Dalam kejadian 21 Ogos lalu, seramai 37 orang maut apabila sebuah bas ulang-alik Genting Highlands yang membawa kira-kira 53 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam 150 meter sewaktu menuruni pusat peranginan itu di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur. -
Posted on: Thu, 05 Sep 2013 23:02:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015