Kesian.... Bayi didera pengasuh TASKA 2013/06/19 - BH Shah Alam: - TopicsExpress



          

Kesian.... Bayi didera pengasuh TASKA 2013/06/19 - BH Shah Alam: Seorang bayi lelaki berusia setahun cedera di muka dan kedua-dua paha dipercayai didera pengasuh di sebuah TASKA di Seksyen 7, di sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah, berkata polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan penuh daripada hospital. Bayi terbabit dibawa ibunya, Raudathul Jannah Jalidar, 27, ke sebuah hospital swasta pada Khamis lalu selepas mendapati ada kesan luka di bibir dan lebam di pipi kanan anaknya itu. Raudathul Jannah ketika ditemui semalam berkata bagaimanapun, doktor memaklumkan kecederaan pada anaknya disyaki berpunca penderaan fizikal. Saya mengambil anak saya di taska terbabit kira-kira jam 6 petang tetapi tidak terus memaklumkan mengenai kecederaan itu kepada suami. Suami hanya menyedari perkara itu ketika mahu memandikan bayi kami dan membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6. Keesokannya, saya membawa anak ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dia demam, kerap menangis selain tidak ceria, katanya.
Posted on: Wed, 19 Jun 2013 03:13:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015