Ketika melakukan lawatan kerja ke Wilayah Iskandar di Johor, saya - TopicsExpress



          

Ketika melakukan lawatan kerja ke Wilayah Iskandar di Johor, saya menyatakan komitmen kerajaan dalam memastikan kita dapat mencapai sasaran pelaburan RM383 bilion menjelang tahun 2025. Saya akui, masih terdapat pelbagai usaha yang perlu dilakukan demi meraih matlamat ini, namun ia boleh terlaksana dengan komitmen menyeluruh semua pihak. Dalam perkembangan lain, kita jangka dapat memuktamadkan keputusan mengenai cadangan projek keretapi berkelajuan tinggi KL-Singapura pada tahun hadapan. Saya yakin jika projek ini terlaksana, Malaysia dan Singapura dapat menikmati lebih banyak manfaat terutamanya dalam sektor pelaburan.
Posted on: Thu, 12 Dec 2013 01:04:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015