Ketika meniti ke seberang, ada rasa gayat. Mahu tidak, titi buluh - TopicsExpress



          

Ketika meniti ke seberang, ada rasa gayat. Mahu tidak, titi buluh tiga batang diampu dengan batang buluh bersilang pangkah. Hanya sedepa sahaja sampailah ke permukaan air. Dalam tak sungai ni, Asik? Tanya saya. Kalau encik nak tahu dalam ke tidak, encik masuklah... Saya tak pernah masuk, encik, jawab Asik macam selalu. Ceh, jawapan jujur tu... Ada buaya tak sungai ni, Asik, mulut saya gatal bertanya. Tak pernah Nampak pulak encik. Fuh, lega... Dalam hutan ni semua binatang ada. Ada yang pernah kita nampak. Ada yang tak pernah nampak tapi kita tahu ada... macam harimau... sambung Asik lagi. Kau nak cakap ada buaya lah dalam sungai ni? Tak pernah nampak encik, kalau nak tahu kenalah masuk dalam sungai...
Posted on: Thu, 28 Nov 2013 03:34:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015