Ketua pihak berkuasa Al Azhar Mesir, Sheikh Ahmad Tayyib menyeru - TopicsExpress



          

Ketua pihak berkuasa Al Azhar Mesir, Sheikh Ahmad Tayyib menyeru tokoh-tokoh & ahli politik untuk menghadiri sebuah rundingan perdamaian minggu ini. Tarikh sebenar forum yg diterajui oleh sheikh-syeikh Al Azhar ini, masih belum diumumkan. Menurut akhbar Al Ahram hari ini, Al Azhar akan memanggil tokoh-tokoh tertentu untuk berbincang tentang persediaan untuk mesyuarat perdamaian peringkat nasional. Sebagai tindak balas, pihak Ikhwan Muslimin telah berkata, mereka tidak akan menerima inisiatif perlembagaan yg tidak sah. Ini bermakna, Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan harus dikembalikan semula sebelum ahli-ahlinya melibatkan diri dalam rundingan itu. Ahmad Arif, jurucakap FJP yang juga seorang ahli politik Ikhwan muslimin berkata, kami melihat At Tayyib yang merupakan penyokong rampasan kuasa, sebagai individu / entiti yang berasingan dari institusi Al Azhar. Menurut media semasa. Sumber: AlJazeera
Posted on: Sun, 11 Aug 2013 22:28:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015