Khasiat Asam Jawa Biasanya asam jawa dibahagikan kapada 2 jenis, - TopicsExpress



          

Khasiat Asam Jawa Biasanya asam jawa dibahagikan kapada 2 jenis, iaitu jenis yang manis dan yang masam. Pokok jenis yang masam banyak terdapat di Malaysia, manakala yang manis banyak terdapat di Thailand yang dimakan oleh orang Thai sebagai manisan. 1. Untuk Bahan Makanan – a. Di India, biji asam jawa dipanggang dan kemudian direndam supaya kulitnya senang dikeluarkan. Biji tanpa kulit ini digoreng atau direbus untuk dimakan. Kadang-kadang biji ini dijadikan tepung atau kanji yang diasingkan untuk dijadikan bahan makanan. b. Di Eropah, asam jawa yang dicampur dengan gula digunakan sebagai jem dan sirap. Ia juga sebahagian daripada ramuan sos BBQ dan sos lain dalam masakan daging. c. Bunga, daun, dan buah asam jawa yang belum masak dan benih yang belum bercambah, dimakan oleh pelbagai kaum sebagai ulam atau lauk seperti kari. d. Buah yang belum masak juga dibuat jeruk atau dimakan mentah seperti mangga muda. 2. Untuk Wanita Hamil – Di India, wanita yang hamil mengunyah kulit pokok asam bersama dengan sireh atau dimakan begitu sahaja untuk menjaga kesihatan badan. 3. Untuk Sejukkan Badan - Asam jawa dan akar pokok asam jawa boleh digunakan untuk menyejukkan badan. Air rebusan daun asam jawa dicampur dengan daun limau dan daun durian belanda untuk dijadikan minuman bagi menyegarkan badan. 4. Untuk Cirit-Birit - a. Kulit buah dan kulit kayu asam jawa boleh digunakan sebagai ubat cirit-birit. Ini kerana, kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya pula mengandungi banyak asid tartar. b. Biji asam jawa yang dipanggang dan dijadikan tepung boleh digunakan sebagai ubat cirit birit. 5. Untuk Pelawas Buang Air Besar/ Sembelit - Di kawasan Amerika Tengah, kegunaan utama asam jawa dalam perubatan tradisional adalah sebagai pelawas buang air besar. 6. Untuk Selsema - Asam jawa yang belum dimasak, direbus dan air rebusannya itu diminum untuk mengubati selesema. Air rebusan daun pula diminum untuk mengubati penyakit kencing manis dan batuk kerana gatal kerongkong. 7. Untuk Batuk – Buah asam jawa boleha dimasak untuk dibuat sirap bagi mengubati batuk teruk. a. Ambil 3 polong buah asam jawa tanpa biji. Kemudian direbus dengan 4 gelas air sampai mendidih hingga tinggal 1 gelas dan ditapis. b. Minum 2 kali sehari, pagi dan petang sampai batuk reda. 8. Untuk Demam Campak - Air rebusan daun asam jawa boleh diminum sebagai penawar demam campak. 9. Untuk Demam Panas – Air rebusan daun asam jawa boleh dibuat air mandian penawar demam panas. Rebuskan daun asam jawa selama 20 minit dan selepas itu campurkannya dengan air limau nipis dan gula sebelum meminumnya sebagai penawar demam. 10. Untuk Sakit Otot - Air rebusan daun asam jawa boleh dibuat air mandian penawar untuk sakit otot. 11. Untuk Bisul/Bengkak Ulser/ Gatal - Kulit kayu asam jawa boleh dibuat losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak ulser dan gatal kerana digigit serangga. 12. Untuk Luka - Daun muda pokok asam jawa hendaklah ditumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati bisul atau luka. 13.Untuk Sakit Jaundis - Air rebusan asam jawa boleh digunakan untuk mengubati jaundis dan pendarahan. 14. Untuk Lelah/Asma – Kulit kayu asam jawa boleh direbus dan air rebusan itu diminum untuk melegakan lelah (asma). 15. Untuk Mata Merah - Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada mata berkenaan. 16. Untuk Bengkak Mata - Air rebusan asam jawa boleh digunakan sebagai losyen untuk merawat bengkak mata. **************************************************** PERINGATAN: Dalam memgamalkan atau mengaplikasikan petua-petua yang disebut di sini, perlu diingatkan bahawa jangan terlalu mengharapkan perubahan yang begitu cepat dalam sekelip mata. Berikan sedikit masa pada diri anda untuk menjadi serasi apa yang diamalkan. Dari kesabaran itu akan terbitnya penghasilan yang baik dan berkesan.
Posted on: Wed, 24 Jul 2013 07:13:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015