Kisah asrama episod akhir, Aku kalau boleh tak nak menulis kisah - TopicsExpress



          

Kisah asrama episod akhir, Aku kalau boleh tak nak menulis kisah aku ini, aku tidak mahu ingat dah, tapi sebab rakan2 aku semua da kongsikan kisah bilik itu… bilik yang membuat aku akur dalam hidup ini bukan hanya ada makhluk yang boleh dinampak sahaja tapi kita berkongsi dengan dunia yang tuhan sendiri memisahkan kita daripada untuk melihat. Pada waktu itu aku dan harith tidak balik ke rumah walaupun pada masa cuti mid-sem sebab pertandingan teater antara university akan bermula elok sahaja selepas habis cuti, jadi aku dan harith terpaksa berkorban cuti kami. Aku ingat lagi semasa aku sedang berlatih, kawan karib aku sejak dari bangku sekolah, ijoy telefon aku. dia cakap dia hendak lepak dengan aku sebab da lama tak jumpa. Aku pun ajak dia datang ke university aku. lagi pun u dia dan u aku tidak jauh. Tapi takkan aku nk bagi dia masuk kolej dulu padahal aku pun tak tau bila aku balik dari belatih. Jadi aku ajak dia datang ke pentas latihan. Aku berlatih dengan harith agak lama jugak sebab malam tu, ijoy sudah sampai. Tengok jam sudah pukul 2 pagi. Aku, harith n ijoy balik ke kolej. Aku pelik tengok ijoy. Sudah hampir 5 tahun tak jumpa, dia semakin berisi dan muka pun da macam budak agama. Mata bercelak, dahi bertanda sujud, tasbih dibuat gelang. Hooo.. respect! Yela, dulu suka ponteng sekolah dan huhahuha, sekarang, terasa aura cahaya dia. Kami sampai rumah, aku offer diri nak tidur kat bilik yasa, harith pun join aku sebab dia tahu dia tak boleh tinggalkan aku seorang diri. Kami berasa mungkin ijoy selamat kot sebab bilik kami tu so far ok, x da apa2 yang terjadi. Malam tu kami tidur dengan nyenyak sampai la waktu aku tersedar bila aku terdengar ada orang bukak pili air kat toilet. Jantung aku berdebar-debar, aku berani kan diri untuk tengok siapa. Oh.. ijoy rupanya, “napa tak tidur lagi?” ijoy Tanya aku. “tak aku ingat perompak tadi, maklum semua orang kat asrama ni tak da orang. Takot lak pencuri masuk” aku balas. Dia tergelak, mungkin dia rasa muka dia macam pencuri kot. “kau kenapa malam2 pergi toilet?” aku tanya dia, padahal aku tak patut pun Tanya soalan tu. “aku nak tahajud. Maaf la kalau ganggu tidur.” Aku okey je masa tu, aku masuk balik tidur. Masa hendak baring, aku perasan beg kamera aku bercahaya. Aku pun apa lagi, pergi ke beg tu ambik. Harith da tidur lena da smpai air liur basi basah kan bantal.. Aku tengok kamera handicam aku on, aku tengok la kat skrin dia. Video latihan teater kami . agak kelakar bila aku tengok harith terpaksa menari dengan syafiqa, gadis hot dalam pelakon kami. Haha Video tu da abis, aku tekan butang untuk tengok video seterusnya, keluar video yang aku rakam masa daus cerita pasal kena kacau. Aku pun tekan play sebab aku rasa video itu kelakar, kelakar dengan riak air muka daus yang pucat lesi. ‘betul, aku ngan nabil nampak hantu tadi.’ Suara daus kedengaran dalam video tu. ‘ mana hantu dalam zaman ni, aku rasa kau penat sangat ni.” Suara aku pula membalas. Aku tersenyum bila tengok balik video tu. tapi tak lama pun aku tersenyum. Sebab aku rasa aku nampak sumting dalam video tu masa kamera hala ke tandas, tapi sekejap je, sebab masa tu aku mana ada nampak apa2, jadi pergerakkan kamera tu pantas dihala ke pelbagai arah. Aku patah balik ke waktu video masa kamera dihala ke tandas, aku slowmotion, then aku pause. Jantung aku rasa hendak berhenti bila aku tengok mmg ada benda putih melekat kat dinding tandas. Baju putih, rambut tutup muka. Tak sanggup lagi tengok lama2. Aku alih ke video lain. Video semasa yasa dan muz kena. Waktu lepas subuh, yasa dan muz pucat keluar bilik. Dorang cakap sepanjang malam tu kena kacau, aku pun bukak kamera dan rakam, sama! Ada perempuan berdiri sebelah harith dalam video tu. Waktu tu jugak tangan aku mengeletar. Aku yakin, sebelum tu memang takda apa2 dalam video itu. Kenapa malam tu pula aku boleh nampak hantu tu dalam rakaman tu, cepat2 aku tutup skrin kamera tu dan off. “masih tak percaya?” satu suara perempuan masuk menerjah ke dalam telinga. Waktu tu aku da baring, memang jika baring aku akan bertentangan dengan dinding yang ada kat kaki. Dengar sahaja suara tu, secara spontan, aku pandang dinding tu. rasa macam seluruh tubuh aku longlai, mana tak nya, hantu perempuan tu betul-betul ada dekat bucu atas dinding itu, dekat dengan syiling kayu. Aku pandang, nampak wajahnya, buruk! Bernanah! Mata putih! Bibir hitam! Berulat! Tepat memandang aku. aku tak boleh berbuat apa2. Tiba-tiba, dia melompat menerkam aku. aku apa lagi, mengelak dengan keadaan badan yang lemah. Aku menjerit sekuat hati. Bergema bilik tu. aku terjelepuk atas lantai. Tapi aku sedar, tidak pula aku dengar bunyi katil aku macam ada benda yang jatuh atasnya. Aku sempat menjeling, tiada apa-apa. Aku lega sebentar sebelum aku dengar ada suara mengilai. Shit! Bawah katil. Dia merangkak ke arah aku. tiba2 bahu aku kena tepuk. Terkejut aku macam separuh mati. Harith rupanya. Dia terjaga bila aku menjerit. Aku tunjuk pada katil aku. dia hairan sebab dia tidak nampak apa2. Pintu bilik aku diketuk kuat. Aku ngan harith da berdebar. Harith pergi bukak pintu. Ijoy rupanya, tangan sudah ada tasbih, baru habis solat agaknya. Dia Tanya kenapa, aku cakap aku nampak hantu. rupanya dia sudah tahu sejak dia hendak masuk rumah lagi. Dia siap cakap itu bukan hantu, tapi jin yang dibela oleh seseorang. Cuma dia tidak tahu siapa. Masa kami duduk bersembang dekat pintu, harith diam. Aku macam pelik tengok dia, bukan sebab dia diam, tapi sebab dia pandang ke tingkap, aku paling tengok apa dia tengok. Pergh! Hantu tu sudah bertengtek atas jendela, melambai ke arah harith. Aku melangkah ke belakang. Tapi ijoy melangkah ke depan ke arah hantu tu. berani betul budak tu. hantu t uterus hendak menerkam ijoy, dia langsung tidak takut. Jin tu tiba2 nampak macam kepanasan. Jasad dia beransur hilang. Ijoy arahkan aku, cari botol kaca. Aku da keliru, mana nak cari botol kaca. Harith terus capai sos meggi, sos tu baru je beli semalam, tapi semua tu kena buang dalam sinki. Harith basuh dan bagi kat ijoy, aku ngan harith ikot belakang ijoy yang macam sedang mencari jin tu. mulut dia tak berhenti2 berkumat kamit. Kami berhenti di hadapan bilik azlan. ‘kunci’ harith cakap kat aku dan ijoy. Aku malas nak cakap panjang, terus aku pecahkan pintu. Tombol dan kayu terkopak. Tapi pintu yang sepatut da boleh di tolak sebab kunci dalam tombol da patah tak boleh dibuka, macam ada sesuatu yang menolak dari dalam. Sekali lagi ijoy tolong kami, dia letakkan tapak tangan pada daun pintu, mulut dia baca zikir apatah, pintu tu terus boleh ditolak. Kami masuk bilik azlan yang da kosong. Azlan waktu tu da pindah. Bau bilik tu busuk, macam bau bangkai. Ijoy suruh aku tutup pintu, dan dia pesan jangan takut dengan apa yang berlaku. Tak lama lepas tu, dia macam sedang bergelut sampai la dia tutup lubang botol kaca. Kali ini aku dan harith tak nampak jin tu masa kena sedut ke dalam botol. ‘sekarang aku perlu pertolongan korang pegang botol ni.aku nak bukak syiling tu.’ kata ijoy sambil halakan botol yang ada jin tu kat harith, dia tolak ke aku. aku pun geleng kepala. Ijoy beralah. Dia mintak salah seorang daripada kami susun kerusi atas meja. Seseorang perlu panjat. Since aku lebih tinggi dari harith, terpaksa la aku panjat. Dada aku da berdebar masa da nak sampai atas, kerusi tu pulak macam tak balance sebab aku gayat. Pelan-pelan aku tolak kayu syiling tu. kepala aku masuk ke dalam, gelap tak nampak apa-apa. Bau hapak ada la. Aku mintak lampu, tak lama lepas tu harith hulurkan handphone dia kat aku buat lampu. Aku suluh apa yang ada atas syiling tu. elok je aku suluh ke kanan, sekali ada tengkorak tak jauh dari kepala aku. aku tergelincir nasib baik kaki aku da kene pegang siap2 oleh harith. Aku cakap kat dorang apa yang aku nampak. Harith pelan2 panjat, tak lama kemudian dia turun, kemudian ijoy pulak,semua nampak ada rangka manusia atas syiling. Tapi tu bukan hantu, memang rangka. Kami pun apa lagi, lekas keluar dari rumah tu dan turun ke depan rumah felo yang berada di tingkat bawah. Kami ceritakan segalanya. Botol sos tu tinggal kat dalam bilik. Takkan nak bawak turun sekali. Malam tu jugak polis datang dan seal kan rumah tu. aku ngan harith tidur dekat rumah felo, botol tu masih ada dengan kami malam tu. siang keesokkan harinya, ijoy mintak balik. Bawak sekali botol tu, dia cakap dia perlu buang ke jin belaan tu pada tempatnya. Aku pun tak tahu mana ijoy bawak. Aku ngan harith terpaksa menumpang rumah felo sampai teater selesai dan tunggu pertukaran rumah. Semua housemate pindah ke rumah baru. Rumah tu ditutup beberapa bulan. Tapi apa yang aku dengar, rangka manusia tu adalah milik rakan salah seorang pekerja buruh binaan yang bina kolej tu, dia dibunuh akibat kes balas dendam. Tiada siapa buat aduan akan kehilangan orang malang tu sebab dia bukan berkerja buat pemaju yang bina kolej tu. dan jin tu, sememangnya kebiasaan buruh asing untuk membela jin untuk pelindung diri bila bina bangunan tinggi2. Jadi sesiapa yang baca kisah aku ini, ingat. Aku tak boleh bagitahu nama universiti dan kolej apa, tapi aku boleh beritahu bahawa nombor rumah itu adalah D.4.4 _exo_
Posted on: Thu, 27 Jun 2013 23:24:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015