Kisah dari rumah pengasih #SHRencana KUALA LUMPUR - Seronok itu - TopicsExpress



          

Kisah dari rumah pengasih #SHRencana KUALA LUMPUR - Seronok itu sementara, sengsara selama, lama, lama, lama, lama.... begitulah mesej daripada Suhaimi Ahmad, Pengarah Rekreasi Pengasih, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan pusat pemulihan penagih dadah terkemuka di negara ini, kepada mereka yang tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau tidak mengetahui masalah berkaitan gejala itu. Ia merosakkan struktur keluarga, merosakkan struktur masyarakat. Anda akan merasa terbuang, anda akan merasakan kesunyian. Jadi ingat, jauhi dadah. Seronok itu sementara, sengsaranya sampai ke liang lahad. Itu sahaja pesanan saya, kata Suhami, yang juga bekas penagih dadah tegar sebelum kehidupannya diselamatkan oleh Pengasih dan kini menjadi seorang daripada orang kanan di NGO berkenaan. Beliau bergelumang dengan penagihan dadah selama 22 tahun dan telah bersih daripada gejala itu selama 18 tahun sejak menjalani rawatan dan pemulihan di Rumah Pengasih di Bukit Tunku di tengah-tengah ibu negara ini dan kini menabur khidmat bakti kepada mereka yang senasib dengannya di suatu masa dahulu. Suhaimi dalam temu ramah dengan Bernama berkata: Memang betul masyarakat mengatakan penagih dadah itu sampah. Memang betul. Tetapi di kota seperti Kuala Lumpur ini, ada tiga tong sampah di tepi-tepi jalan. Satu untuk botol, satu untuk aluminium dan yang satu lagi untuk sampah biasa. Sampah-sampah ini dibawa ke mana? Ke kilang untuk dikitar semula. Begitulah juga penagih dadah macam saya dahulu, dimasukkan ke Rumah PENGASIH, dikitar semula sehingga sekarang. Di Rumah Pengasih, beliau mendapat begitu banyak pengajaran untuk memulakan kehidupan baharu, termasuk menjalani program pelajaran pemulihan di Singapura, dan di Amerika Syarikat. Rumah Pengasih yang diasaskan oleh bekas penagih dadah kini telah melebarkan fungsinya sebagai pusat pemulihan bukan berkaitan dadah seperti penagihan alkohol, ponteng sekolah dan bekas-bekas banduan yang bakal menyertai semula masyarakat.
Posted on: Wed, 22 Jan 2014 05:15:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015