Kita tidak perlukan pondan,kita perlukan pejuang Jika anda - TopicsExpress



          

Kita tidak perlukan pondan,kita perlukan pejuang Jika anda melihat link ini: themalaymailonline/opinion/uthaya-sankar/article/kisah-tentang-malayu, anda boleh lihat tiada seorang pun profesor kangkung atau cikgu-cikgi perasan bagus atau pengarang buku teks sekolah yang bangkit menjawab kesewelan Uthaya Sankar SB pasal asal-usul Melayu. Sama ada mereka sibuk,atau tak tahu tentangnya...atau memang tak tahu menjawab. Jika anda perasan,selepas dijelaskan oleh askar-askar sejarah underground yang ketuai oleh Semantani Jones dan saya sendiri,semua jin-jin ifrit yang mereka-reka sejarah Melayu ikut sesedap hati tu diam tak berkutik.Orang asing hanya memprovok dengan kesewelan mereka,mereka tiada fakta.Kenapa takut,wahai The Malays? Berdiri di belakang saya.Jangan takut.Angkat kaki,pandang jauh ke hadapan.Biar saya pimpin kamu semua dan dengar cerita bagaimana nenek moyang kamu berdiri tanpa rasa takut di tengah Lautan Hindi,mengembara,berperang di luar negeri,mengukir prasasti sejauh Bihar di India hingga ke Filipina,berniaga dengan semua bangsa dan menguasai tol perdagangan antara Timur dan Barat. Bagaimana orang Melayu dikatakan dari Sumatera padahal Kedah Tua dan Langkasuka lebih tua dari sejarah Sriwijaya,Jambi dan Palembang?Sebab itu Raja Siam membakar Hikayat Merong Mahawangsa manakala British merampas manuskrip Undang-undang Kedah sebelum kita merampas balik ketika pentadbiran Tun Mahathir. Bagaimana dikatakan Melayu dari Sumatera padahal Bhavavarman II dari Chenla yang berbangsa Khmer menggelarkan dirinya Raja-raja Mala dari Malayu selepas menyerap Funan ke dalam kerajaannya? Bagaimana dikatakan Melayu dari Sumatera padahal Prasasti Dong Yen Chau yang ditemui di Vietnam lebih tua dari Prasasti Kedukan Bukit di Sumatera?Kedua-duanya ditulis dalam bahasa Melayu. Jangan jadi pondan dan bacul.Takde ilmu belajar.Jangan ego melangit tapi bodoh. Saya,Srikandi...pemusnah musuh-musuh sejarah Melayu.Saya cabar semua profesor kangkung dan pensyarah sejarah yang perasan bagus supaya tonjolkan diri melutut depan saya mengaku bebal dalam sejarah Melayu sebelum era Kesultanan Melaka. Saya tahu kamu semua belajar dari Windsted,Shallebear dan Raffles.Sebab itu pengetahuan kamu tentang sejarah Melayu sebelum era Kesultanan Melaka adalah NOTHING. Biar saya sekolahkan kamu semua.Profesor Melayu yang bertaraf kangkung dan cikgu-cikgi perasan bagus serta pengarang buku teks yang takutkan kementerian yang semua pegawai-pegawai di dalamnya telah sedia bengap sejarah. Siapa pembaca saya yang masih bersekolah atau pelajar universiti sila cabar cikgu-cikgi anda pasal topik Austronesia.Jika mereka tergagap-gagap menjawab...suruh mereka mengadap saya di fanpage ini.Suruh mereka baca dari A sampai Z di page ini. Biar saya mandikan mereka dengan air bunga dari 7 tasik.Biar saya langirkan mereka dengan limau dan bunga serai kembang malam.Biar hilang segala badi pondan dan bacul. Saya perlukan 100 pejuang lagi dalam The Historian Secret Society.Minggu depan saya nak masukkan silibus pasal Austronesia dan Melayu.Pelajar saya di THSS baca nanti nota saya dalam tab Notes.Nanti ada exam. Siapa yang dah mohon tapi tak dapat masuk sila beritau.Satu lagi,jangan tunggu saya add,anda kena REQUEST FRIEND dengan saya DAHULU,baru saya dapat add. ~Srikandi The Historian Secret Society
Posted on: Mon, 28 Oct 2013 16:00:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015