Ko pun cuma pakai motor buruk. Baju pun selekeh semacam. Ada hati - TopicsExpress



          

Ko pun cuma pakai motor buruk. Baju pun selekeh semacam. Ada hati nak nikah dgn anak aku. Huh. Aku nak masadepan anak aku terjamin. X terjamin der masa depan dia kalau kahwin dgn ko! Herdik pak kasim, seorg imam masjid lantikan majlis agama kepada Is ketika Is dtg ke rumahnya menyuarakan hasrat ingin meminang anak dara pak kasim, Ana. Ana yg turut berada bersama di ruang tamu turut mencelah, abg is, apa abah cakap tu betul. Mmg la abg is baik tapi takkan la abg is nak expect ana hidup membonceng moto lc celup abg je? Kalu lc ori tu boleh ampun lg la. Mcm mana nak bg nafkah kat ana nnt? Tak lama selepas itu, sebuah waja masuk ke perkarangan rumah pak kasim. Ha..tu baru bakal menantu aku. Sekurang2nya si shah tu kerja eksekutif. Ada kereta. Banding dgn ko apa ada? Setakat pakai moto buruk, meniaga pun kecik2, aku sendiri x pernah tau rumah ko kat mana. Ntah2 rumah pprt mana ntah! Ko balik je la... Herdik pak kasim. Is tersenyum tawar. Xpe la..nak buat camne. Dia pun balik dgn hati yg terluka. Beberapa bulan kemudian, ramadhan dtg lg. Seperti biasa sebagaimana tahun2 sebelumnya, masjid pak kasim menerima sumbangan RM20,000 dari seorg insan yg tidak dikenali utk aktiviti2 masjid. Biasanya sumbangan tu disampaikan oleh pak aziz, bilal masjid tersebut. Tapi tahun ni pak kasim pelik, tahun ni sumbangan dr individu itu bertambah menjadi RM50,000. Pak kasim nekad, tak leh jadi. Dah 3 tahun org ni derma banyak2 kat masjid tp aku x tau sapa. Tanya si aziz pun x dijawabnya. Org tu xnak publisiti katanya. Huh! Aku kena siasat gak Siasat punya siasat, akhirnya pak kasim tahu rumah insan itu di mana tapi still pak kasim xtahu siapa dia. Pak kasim pun pergi ke rumah insan tersebut yg terletak bebetul di hujung kampung. Mak aih, besarnya rumah dia! Rumah tiga tingkat itu tersergam indah berhiaskan 2 buah audi di lamannya, serta sebuah motosikal buruk. Pak kasim pelik melihat motosikal tersebut. Mcm pernah aku nampak motosikal tu, tp di mana ye? Pak kasim memberi salam dan disambut oleh seorg wanita tua. Ye, nak cari siapa tuan haji? Tanya wanita itu. Err...saya ni imam masjid kampung ni. Tiap tahun masa ramadhan masjid kami selalu terima sumbangan berpuluh ribu dr sorg individu tp kami x tahu siapa. Jd kami rasa x sedap la...nak juga kenal siapa insan pemurah ni... Pak kasim menjelas. Wanita tua itu terdiam. Saya mmg menunggu imam dtg. Masuklah. Duduklah dulu. Saya ke belakang sebentar. Pelawa wanita tua itu. Pak kasim melabuhkan punggungnya ke sofa set buatan itali yg paling koman pun beribu harganya. Pak kasim melihat sekeliling. Kaya sungguh orang ni. X de yg murah dalam rumah dia ni... Pandangan pak kasim terfokus pada sebuah frame gambar di atas rak buku berhampiran. Gambar dia kot, bisik pak kasim. Lalu pak kasim pun merapati rak tersebut. Ditelitinya gambar pada frame tersebut. Pak kasim terpempan. Eh..ini...bukan ke budak yang pernah nak pinang anak aku dulu? Tapi...kenapa gambar dia ada kat sini? Bisik pak kasim. Itulah anak saya, imam. Suara wanita tua itu mengejutkan pak kasim dr lamunan. Dan rumah ni sebenarnya rumah dia. Kereta dua buah kat luar tu pun dia punya. Pak kasim terkejut besar. Eh...takkan la...bukan dia ni cuma pakai motosikal je ke sana sini..? Kereta dua buah tu mmg dia punya, tapi satu dia hadiahkan pada saya, satu lagi tu dia baru beli beberapa bulan lepas. Katanya nak hadiahkan kpd bakal isteri dia. Tapi alih2 kereta tu x kemana2 pun. Dia x bagi sesiapa pun terang wanita tua itu. Pak kasim makin terpempan. Dia mmg cukup selesa naik motosikal je ke sana sini imam. Dia x suka tunjuk kekayaan dia. Dia risau org kata dia riak atau org dekat dgn dia sbb dia kaya je... Sambung wanita tua itu lg. Sampai satu tahap... Wanita tua itu sebak, dia pernah merisik sorg gadis tapi ditolak mentah2 sebab keluarga gadis tu mahukan org berada. Dia mmg kecewa sgt sampai jatuh sakit... Pak kasim makin tidak keruan. Ya Allah...kenapa aku begitu biadab padaMu ya Allah... Suara pak kasim tersekat2, mana dia sekarang puan? Saya teringin nak jumpa dia... Wanita itu menyeka air mata yg mula gugur. Dia meninggal dunia 3 hari sebelum ramadhan... Pak kasim terduduk. Innalillah...pak kasim x mampu menahan sebak dan rasa bersalah. Sebelum dia pergi, dia ada amanahkan saya utk sedekahkan duit dalam satu sampul kpd masjid kampung ni. Sehari sebelum ramadhan bilal aziz dtg jumpa saya dan saya pun sampaikan amanah anak saya. Semoga dia tenang kat sana... Wanita tua itu terus mengalirkan air mata. Ya..semoga dia tenang dan aman di sana...maafkan pakcik is kerana menghina is dulu. Ya Allah..ampunkanlah dosaku ya Allah... Dan pak kasim terus menangis.
Posted on: Tue, 11 Feb 2014 05:13:33 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015