Komitmen ialah usaha dari mula hingga akhirnya usaha itu - TopicsExpress



          

Komitmen ialah usaha dari mula hingga akhirnya usaha itu mendatangkan hasil atau kejayaan. Atau juga anda boleh katakan komitmen sebagai tali pengikat yang mengikat diri anda kepada matlamat yang telah anda tetapkan. Ikatan tersebut tidak boleh dibuka sehinggalah anda mencapai matlamat yang diidamkan. Ia juga merupakan pembakar semangat dan memberikan motivasi kepada anda. Secara positifnya,sesuatu yang diusahakan perlu mendapat perhatian yang sepenuhnya sehingga ia menjadi seperti yang diharapkan. Komitmen adalah perkara utama bagi menjadikan matlamat dan impian anda satu realiti. Tanpa komitmen, sesuatu matlamat atau impian hanya tinggal kata-kata kosong. Anda tentu tidak mahu menjadi seperti tin kosong, kuat bunyinya apabila ia kosong. Baca selanjutnya majalahniaga/kenapa-komited-kenapa-gagal-dalam-perniagaan.html#ixzz2jV7LASxu Follow us: @majalahniaga on Twitter | majalahniaga on Facebook
Posted on: Sat, 02 Nov 2013 15:06:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015