Koperal mati sebelum sempat sampai ke rumah 2013/08/18 Shah - TopicsExpress



          

Koperal mati sebelum sempat sampai ke rumah 2013/08/18 Shah Alam: Seorang anggota polis yang dalam perjalanan pulang, maut selepas motosikal Yamaha LC yang ditunggangi dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) Cherry di Kilometer 10.5 Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, awal pagi semalam. Kemalangan kira-kira jam 3.40 pagi itu menyebabkan Koperal Johari Mohamad, 36, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, maut akibat parah di kepala dan dada sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Difahamkan, mangsa yang bertugas sejak 24 jam sebelum itu, mahu pulang sebentar ke rumah sebelum kembali bertugas. Lelaki berusia 41 tahun yang memandu MPV itu dilaporkan kritikal dan koma manakala tiga penumpang lelaki cedera ringan. Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Shah Alam, Deputi Superintendan Goh Lee Shen, berkata kemalangan dipercayai berpunca apabila MPV yang dipandu laju itu terbabas lalu merempuh motosikal mangsa. “Pengguna lebuh raya yang menyaksikan kejadian menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke hospital,” katanya.BH
Posted on: Sun, 18 Aug 2013 03:41:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015