Kopi adalah minuman kegemaran Rasulullah.. Kita sering dimomokkan - TopicsExpress



          

Kopi adalah minuman kegemaran Rasulullah.. Kita sering dimomokkan bahawa kopi adalah minuman yang memudaratkan kesihatan, tetapi tahukah anda, kopi sebenarnya adalah salah satu minuman kegemaran Rasulullah, disamping susu dan madu. Yahudi telah berjaya mempengaruhi umat Islam dalam amalan pemakanan kita, seperti digalakkan makan hati ayam/lembu jika darah rendah. Rasulullah telah awal2 lagi mengingatkan kita bahawa memakan organ dalaman tidak bagus kerana boleh melembapkan otak. Tengoklah bangsa2 Melayu yang mengamalkan menu pemakanan yang diuar2kan oleh Yahudi itu, tetapi mereka sendiri tidak mengamalkannya, malah mengambil amalan pemakanan Rasulullah. Kopi juga adalah salah satu minuman bagi Kaum Sufi.. Di masyarakat kita, siapakah yang tak kenal dengan kopi? Minuman yang sangat disuka kebanyakan orang, dan juga tak sedikit yang anti dengan minuman ini dengan alasan dapat mengganggu kesihatan, menyebabkan ketagihan, teman setia rokok, alergik dengan orang tua, atau mcm2 alasan lain yang diutarakan untuk menjauhkan diri dari minuman yang satu ini. Tapi tahukah sobat Dliya’ bahawa kopi sebenarnya minuman kegemaran kaum Sufi? Dengan meminum kopi, orang-orang kelas ma’rifat (yang tidak memiliki dan terjangkit penyakit yang semakin parah kerana minum kopi) semakin tegar beribadah, seolah kopi mendatangkan cahaya bagi rohani dan jasmani mereka. Sayyid Abdurrahman bin Muhammad bin Abdurrahman bin Muhammad as-Saqqaf al-Husainy al-Hadramy dari marga al-Idrus (1070 H-1113 H) mengatakan dalam kitabnya Iinaasush Shofwah bi Anfaasil Qahwah: Biji kopi baru ditemukan pada akhir abad VIII H di Yaman oleh penemu kopi Mukha (mocha), Imam Abul Hasan Aliy asy-Syadziliy bin Umar bin Ibrahim bin Abi Hudaimah Muhammad bin Abdulloh bin al-Faqih Muhammad Disa’in (nasabnya bersambung hingga kepada seorang sahabat bernama Khalid bin Asad bin Abil Ish bin Umayyah al-Akbar bin Abdi Syams bin Abdi Manaf bin Qushay). Beliau adalah pengikut tarekat Syadiliyah, bukan pendirinya (kerana pendiri tarekat Syadiliyah, Imam Abu Hasan asy-Syadziliy telah wafat pada tahun 828 H) Dalam penemuan biji kopi, Imam Abul Hasan mendahului Imam Abu Bakar al-Idrus. Sehingga Imam Abul Hasan Aliy adalah penemu biji kopi sedangkan Imam Abu Bakr al-Idrus adalah penyebar kopi di berbagai tempat. Beliau menggubah syair mengenai kopi sebagai beikut: قَهْوَةُ الْبُنِّ يَا أَهْلَ الْغَرَامْ سَاعَدَتْنِيْ عَلَى طَرْدِ الْمَنَامْ وَ أَعَانَتْنِيْ بِعَوْنِ اللهِ عَلى طَاعَةِ اللهِ وَ الْعَالَمُ نِيَامْ قَافُهَا الْقُوْتُ وَ الْهَاءُ الْهُدَى وَاوُهَا الْوُدُّ وَ الْهَاءُ هِيَامْ لاَ تَلُوْمُوْنِيْ عَلَى شُرْبِيْ لَهَا إِنَّهَا شُرْبُ سَادَاتٍ كِرَامٍ Wahai orang-orang yang asyik dalam cinta sejati dengan-Nya, kopi membantuku mengusir ngantuk Dengan pertolongan Allah, kopi menggiatkanku taat beribadah kepada-Nya di kala orang-orang sedang terlelap. [Qahwah (kopi)], qaf adalah quut (makanan), ha adalah hudaa (petunjuk), wawu adalah wud (cinta), dan ha adalah hiyam (pengusir ngantuk). Janganlah kau mencelaku kerana aku minum kopi, sebab kopi adalah minuman para junjungan yang mulia. Syeikh Abu Bakr bin Abdulloh al-Idrus berkata tentang kopi yang digemarinya: Wahai qahwatul bunn (kopi)! Huruf qaf di awalmu adalah quds (kesucian), huruf kedua ha adalah hudaa (petunjuk), dan huruf ketigamu adalah wawu. Huruf keempatmu adalah ha, berikutnya alif adalah ulfah (keakraban), lam sesudahnya adalah lutfh (belas kasih dari Allah). Ba adalah basth (kelapangan), dan nun adalah nur (cahaya). Oh, kopi, kau laksana purnama yang menerangi cakerawala. Imam Hamzah bin Abdullah bin Muhammad an-Nasyiriy al-Yamaniy asy-Syafi’I, penduduk Zabid (832 H-936 H) adalah seorang sasterawan ulung yang ahli tumbuh-tumbuhan. Dia menggubah seribu bait nadzam mengenai kemukjizatan al-Qur”an, menulis kumpulan fatwa, dan menggubah nadzam lebih dari 80 bait mengenai manfaat kopi, yang antara lain isinya adalah kopi bisa membangkitkan semangat seseorang dan mengantarkannya mencapai keselesaan dalam sistem penghadaman.. Disebutkan dalam kitab al-Iinas bahwa huruf ba dan nun pada kata bunn (kopi), masing-masing berarti bidayah (permulaan) dan nihayah (akhir/puncak), yakni mengantarkan seseorang dari awal langkah hingga akhir/sampai selesa.. Nah!!! setelah huraian tentang kegemaran dan sanjungan ulama Sufi akan kopi, manfaat, serta falsafah tentangnya, apakah sahabat2 masih akan menganggap kopi sebagai minuman yang harus dijauhi?
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 01:57:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015