Kpd semua fren yang memantau praktikal students.. suatu - TopicsExpress



          

Kpd semua fren yang memantau praktikal students.. suatu perkongsian. Now saya ada seorng practikal student (degree maths) dr sebuah IPTA. This girl saya nampak sgt berpotensi dan jika enjadi pegawai tadbir N/M41 selepas grad memang boleh menyerlah. maka saya cuba untuk mengajar dia suatu perkara baru berkaitan pentadbiran dan jati diri membentuk dia menjadi seorang yang multi skilling sebagai mana dulu saya diajar oleh penyelia saya (20 tahun lepas) dan kaedah yang sama yang saya ajar pelajar praktikal dibawah seliaan saya selama ini. TETAPI lecturer this girl dtg menyelia baru-baru ini terus mengarahkan pelajar ini ditukarkan (mcm opis bapa dia pulak) ke bahagian kewangan kerana katanya tidak relevan. Saya tak kisah tapi saya melihat bagaimana sempitnya pemikiran lecturer sekarang berbanding lecturer saya dulu yang memberi ruang saya "BELAJAR UNTUK MENGHADAPI ALAM PEKERJAAN." Dulu saya belajar HR, saya belajar akaun, saya belajar jumpa klien, saya belajar kerja kerani, saya belajar kerja opis boy dll. Alhamdulillah, ilmu itulah saya guna sekarang dalam pekerjaan. Nasihat saya, jika praktikal student ini disempitkan maka akan keluarlah graduan yang tidak berkualiti sebagaimana yg telah saya interview selama ini. Terlalu sempit pemikiran mereka dalam bidang pengajian mereka sahaja. Alhamdulillah, semua pelajar praktikal seliaan saya yang sebelum ini telah berjaya mendapat pekerjaan dengan jayanya sama ada kerajaan dan swasta dan semuanya menjadi kesayangan boss. Ada yang telah berjaya menjawat jawatan yang lebih baik dari saya. Nasihat saya, kalau nak suruh student praktikal HANYA BELAJAR SKOP YG MEREKA BELAJAR SAJA MAKA TAK PERLULAH HANTAR UNTUK PRAKTIKAL ATAU BAGI PRAKTIKAL JADI CIKGU DLM SKOP YANG TU SAJALAH YA. Kesian pelajar yang berpotensi mereka hanya akan lahir sebagai robot yg telah diprogramkan sahaja. Saya tak kisah sbb jika org tak mahu ilmu baru kita tak boleh paksa. So kalau kawan2 yang menyelia pelajar praktikal bertaraf sarjana muda, berilah ruang mereka belajar untuk menjadi pekerja multi skilling bila keluar nanti. Kesian jika kualiti pelajar kita setakat itu saja. Sekadar pandangan peribadi dari bekas HRM.
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 16:39:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015