Kuala Besut : Kemenangan Menuntut Pengorbanan 1. Tidak mudah - TopicsExpress



          

Kuala Besut : Kemenangan Menuntut Pengorbanan 1. Tidak mudah menongkah di arus deras. Hanya kekuatan, kegigihan, kesungguhan dan kebergantungan kepada Allah swt akan memberi keajaiban dan memulangkan kejayaan yang diharap. 2. Pilihanraya kecil Kuala Besut adalah ujian pertama PAS dan rakan - rakan parti kompenan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14. Justeru itu, keputusan pilihanraya kecil di Kuala Besut ini sangat bermakna buat Pakatan Rakyat. 3. Sungguhpun kita turun sebagai "underdog" tetapi optimis untuk menggapai kemenangan yang dicita. Pun begitu, kita sangat memahami bahawa perjuangan dan kemenangan ini memerlukan pengorbanan besar dari semua pihak yang cintakan kebenaran dan mengharapkan kemenangan. 4. Melunas tujuan suci ini, DPPM melancarkan Tabung untuk "DANA PILIHANRAYA PEMUDA" 564025400095 Maybank dengan tinggi harapan agar semua pihak yang ingin berkongsi semangat perjuangan dan gelombang perubahan ini dapat menyalurkan sumbangan berharga bagi memastikan jentera dan aktiviti kempen dapat dilaksanakan dengan jayanya. 5. Semoga Allah swt murahkan rezeki anda dan memberkatinya, sejurus sebahagian dari rezeki anda dilaburkan dalam perjuangan suci ini sebagai saham akhirat yang kekal abadi. Selamat berjuang. Nasrudin bin Hassan Ketua DPPM
Posted on: Sun, 14 Jul 2013 13:28:26 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015