Kuala Lumpur: Hukuman ke atas tiga individu berpengaruh atas - TopicsExpress



          

Kuala Lumpur: Hukuman ke atas tiga individu berpengaruh atas kesalahan melanggar Artikel 88 tidak akan ditarik balik meskipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk meminda artikel di bawah Statut FAM 2010-2014 itu. Pindaan itu diumumkan pada Kongres Tahunan FAM kelmarin sekali gus mencetuskan persoalan sama ada keputusan itu turut akan memberi kesan kepada penggantungan tiga individu iaitu bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang masing-masing sedang menjalani hukuman penggantungan kerana mengkritik FAM. Sebelum ini Artikel 88 hanya membenarkan Presiden dan Setiausaha Agung FAM saja mengeluarkan kenyataan media berhubung polisi dalam hal pengurusan badan induk itu dan menerusi pindaan terbaru itu para pegawai, ahli-ahli gabungan, jurulatih dan pemain boleh mengeluarkan kenyataan media tapi hanya dalam bidang kuasa masing-masing. Annuar dijatuhkan hukuman dua tahun enam bulan April tahun lalu, disusuli Shahidan yang turut menerima tempoh penggantungan yang sama serta denda RM39,000 pada Februari tahun ini manakala Tunku Ismail pula menerima padah pada Mac lalu apabila digantung enam bulan serta denda RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM. Bagaimanapun Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata hukuman yang sudah dijatuhkan kepada individu berkenaan tetap akan diteruskan meskipun FAM bersetuju untuk meminda Artikel 88. “Hukuman itu tetap akan diteruskan kerana soal untuk menarik balik penggantungan itu tidak dibincangkan dalam kongres semalam (kelmarin). Kita semua kena faham Artikel 88 masih wujud cuma ada sedikit pindaan dilakukan dan bukannya dimansuhkan. “Cuma bentuk pindaan itu secara terperinci akan dikeluarkan selepas ia dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) selepas ini,” katanya kepada Arena Metro semalam. Kenyataan Hamidin itu sekali gus menutup harapan Shahidan yang mahu hukuman yang dijatuhkan ke atasnya dibatalkan dan wang denda yang telah dibayar sebelum ini dipulangkan semula. hmetro.my/articles/Hukumantakditarikbalik/Article
Posted on: Mon, 19 Aug 2013 00:56:01 +0000

Trending Topics



d out side, in
Jual Game PC 1O.OOO/DVD Daftar
Ok here I sat. In a dr office. As taughts go through my mind. Let

Recently Viewed Topics




© 2015