Kualiti pendidikan bertaraf dunia 2013/10/12 Kuala Lumpur: - TopicsExpress



          

Kualiti pendidikan bertaraf dunia 2013/10/12 Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan komited dan serius membangunkan sistem pendidikan negara yang memenuhi keperluan pelajar dan juga negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi merealisasikan perkara itu, Kementerian Pendidikan menerapkan program dan inisiatif yang mampu meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas. Pendidikan taraf dunia Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan September lalu, usaha kerajaan meletakkan piawaian sistem pendidikan negara bertaraf dunia. “Pelan tindakan itu memberi fokus khusus kepada program dan inisiatif yang komprehensif bagi merealisasikan aspirasi negara untuk meletakkan piawaian sistem pendidikan negara bertaraf dunia. “Kita perlu menyediakan peluang kepada pelajar bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran seperti menyelesaikan masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran pelajar yang menjadi keperluan dalam abad ke-21,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Guru-Guru ASEAN Ke-29, 2013, di sini, semalam. Hadir sama, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan. Konvensyen itu bertemakan ‘Memperkasa Pembudayaan Pendidikan Berkualiti dalam Komuniti ASEAN.’ Sementara itu, Muhyiddin berkata, pembukaan Pusat Kejuruteraan Kardiovaskular Institut Jantung Negara (IJN)-Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mengatasi masalah kos perubatan kardiovaskular yang tinggi dan kekurangan kepakaran dalam bidang itu. Katanya, beliau yakin pusat itu mampu membangunkan alat bantuan perubatan lebih murah untuk dinikmati semua lapisan masyarakat. Selain itu, katanya, beliau turut yakin pusat itu mampu meningkatkan bilangan pakar tempatan dalam bidang berkenaan, sekaligus lebih ramai pesakit dapat menerima rawatan awal. “Selama ini kekurangan kepakaran dan alat bantuan perubatan kardiovaskular menyebabkan kos perubatannya mahal dan tidak semua pesakit mampu,” katanya berucap merasmikan Pusat Kejuruteraan Kardiovaskular IJN-UTM di IJN di sini, semalam.BH
Posted on: Sat, 12 Oct 2013 02:28:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015