Kulit saya terasa lebih kering berbanding sebelumnya. Kulit muka - TopicsExpress



          

Kulit saya terasa lebih kering berbanding sebelumnya. Kulit muka juga kelihatan tidak berseri atau kusam. Bagaimanakah cara untuk memperolehi dan memelihara kecantikan kulit muka yang berseri? ======================================= Setiap daripada kita seharusnya tahu bahawa diet yang sihat adalah cara terbaik untuk mengekalkan kulit yang sihat. Diet haruslah seimbang dengan protein, vitamin dan mineral. Apabila terdapatnya kekurangan, kulit anda akan mula menampakkan kesannya. Minum air secukupnya. Apabila pengambilannya mencukupi, kulit kita akan menjadi lebih lembut, licin dan lebih berseri. Oleh yang demikian pastikan anda minum air secukupnya untuk merasai perubahannya. Asid lemak perlu (EFA) juga diperlukan dan baik untuk kecantikan kulit. Minyak evening primrose kaya dengan asid lemak omega-6 terkenal kerana fungsinya untuk kesihatan kulit. Kandungan GLAnya yang tinggi membantu mengawal keseimbangan hormon dan mengekalkan kelicinan kulit selain menguatkan sel-sel kulit dan menjaga kelembapan kulit. Hasil kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Cosmetic Science (R. Muggli, August 2005) menunjukkan bahawa sumber asid gamma linolenic (GLA) boleh memperbaiki kandungan lembapan, keanjalan dan meningkatkan struktur dan fungsi kulit. Vitamin juga tidak kurang pentingnya dalam mengekalkan kulit yang sihat. Antara vitamin penting termasuklah vitamin A, C dan E. Vitamin A membantu pembaikan tisu-tisu dan juga masalah jerawat, mengurangkan kehadiran garisan halus serta liang roma. Vitamin C adalah anti oksida penting untuk menangani radikal bebas serta membantu pembaikan serta pembentukan kolagen. Vitamin E dan B baik untuk pigmentasi kulit. Anti oksida merupakan elemen utama yang bertanggungjawab untuk mencegah kerosakan sel-sel tubuh. Dengan sebab itulah anti oksida dianggap paling remedi popular untuk pelbagai masalah kesihatan dan juga kulit. Formulasi yang menggabungkan nutrien-nutrien seperti vitamin A, C, E dan selenium dicadangkan dalam usaha menjaga kecantikan kulit.
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 03:50:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015