Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menawarkan khidmat - TopicsExpress



          

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menawarkan khidmat nasihat kewangan dan persaraan sebagai perkhidmatan nilai tambah kepada pencarumnya tahun depan. Buat permulaan, perkhidmatan itu akan ditawarkan di cawangan KWSP di Lembah Klang sebagai projek perintis. Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman berkata perkhidmatan tersebut akan berkembang ke seluruh negara pada fasa akhir program itu dalam tempoh satu atau dua tahun. Beliau bercakap kepada pemberita dalam Seminar Antarabangsa Celik Kewangan dan Simpanan Persaraan 2013 bertema "Ke Arah Menikmati Persaraan yang Selesa" di Kuala Lumpur. ((ber))
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 06:34:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015